Tuesday, August 25, 2009

Kelas Fardhu 'Ain : Haid dan Istihadhah

Sesungguhnya masalah haid dan istihadhah merupakan perkara biasa yang melanda pelajar yang berada di asrama. Pelbagai jenis masalah yang timbul, tapi apakah mampu dibendung sebaiknya seandainya tanpa ilmu??? Ia merupakan fardhu 'ain buat mereka yang bergelar muslimah untuk belajar tentangnya.

Kelas ini juga adalah untuk membendung masalah pelajar yang dibuat-buat berkait dengan haidh dan istihadhoh. Atas kesedaran ini, kami pihak SUMUR merancang kelas ini bagi membantu para pelajar dan mengelakkan daripada masalah pelajar semakin berleluasa. Dalam melahirkan pelajar Ulul Albab, pelajar kita perlu ada banyak thaqafah luar daripada seisi pembelajaran secara formal.

Kelas ini telah diadakan pada tahun 2007 dan kini dibina semula melihat kepada kepentingannya dalam melahirkan individu muslim. Pada tahun 2009 kelas ini bermula pada 24 Julai.

Maklumat kelas :

Hari : Jumaat

Waktu : 2.15 - 3.15 petang

Tempat : Musolla Ar-Rayyan

Sasaran : Pelajar banat tingkatan 4 & 5

Penceramah : Ustazah Siti Zubaidah Awang

Rujukan : Buku Wanita & Darah


Ambillah peluang ini untuk belajar walau secedok. Mungkin ada yang marah kerana kelas ini mengambil sedikit waktu cuti pelajar namun ketahuilah, bukan senang untuk ada seorang yang sanggup mengajar tanpa charge. Kalau hendak mengharapkan diri kita mencari majlis ilmu sudah pasti lambat lagi, jadi gunakan manfaat yang ada.

Sebarang pembelian Buku Wanita & Darah, sila buat tempahan dengan Liyana Khalilah, Unit Aktiviti & Perancangan. Hanya RM 4.00 dan kepada mereka yang telah membelinya pastikan anda telah melangsaikan pembayarannya.

0 comments:

Post a Comment

 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template