Tuesday, August 25, 2009

SEJARAH PENUBUHAN SUMUR DI SMID


Sejak awal penubuhan Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran lagi USRAH pelajar telah diadakan dan dikendalikan oleh satu badan yang diberi nama Jawatankuasa Bina Insan. Ini kerana menyedari akan kepentingan USRAH dalam pembentukan sahsiah Islam dalam diri pelajar. Sehingga ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Imtiaz Dungun pada tahun 2005 USRAH pelajar masih dijalankan.

Pada tahun 2008, sekolah ini telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Islam Malaysia (JAPIM) untuk mewakili negeri Terengganu bagi menyertai modul yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia pada tahun 2007. Akhirnya, badan USRAH pelajar dikendalikan di bawah badan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dengan lebih sistematik dan diiktiraf oleh sekolah dan kerajaan. Pergerakan USRAH pelajar juga mudah dikendalikan kerana ia dikelolakan oleh badan yang diiktiraf di sekolah.

Pengarah atau Murabbi SUMUR yang pertama ialah Ustaz Ruhaidi Abd Rahman di atas permintaan penaungnya iaitu En. Mazlan Che Wil, Pengetua, SM Imtiaz Dungun ketika itu. Jawatan Presiden SUMUR 2008 pula dipegang oleh Muhamad Hanif Ali. Waktu rasmi USRAH SUMUR adalah setiap petang Ahad. Sesungguhnya tugas sumur bukan sekadar mengendalikan usrah tetapi luas.

Tahun 2009 SUMUR bergerak lebih sistematik dengan tertubuhnya Majlis Nuqaba' SUMUR yang terdiri kepada beberapa Unit utama iaitu Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR), Aktiviti dan Perancangan, Pendokumentasian & Pubisiti, Sukan, Multimedia serta Komunit. Pada bulan 5 2009, jawatan pengarah SUMUR telah bertukar tangan kepada Ustaz Ahmad Jihaduddin Ripin setelah Ust. Ruhaidi dinaikkan pangkat menjadi Penyelaras SM Imtiaz Dungun Atas. SUMUR tetap bergerak sebagai badan tarbiah di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun.

p/s: sebarang kesilapan maklumat harap diperbetulkan

0 comments:

Post a Comment

 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template