Sunday, November 29, 2009

Rahsia di Sebalik Kitab Suci


Apakah itu al-Quran? Quran menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr. Subhi Al-Salih bererti 'bacaan' asal kata 'qaraa'. Kata al-Quran itu berbentuk isim maf'ul iaitu maqra (dibaca). Dalam al-Quran itu sendiri ada pemakaian kata Quran dalam erti demikian sebagai tersebut dalam ayat 17-18 daripada surah al-Qiyamah.

إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18)l

Kemudian digunakan perkataan al-Quran yang dikenali sekarang. Definisi al-Quran ialah: Kalam Allah S.W.T yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril diriwayatkan secara mutawattir serta membacanya merupakan ibadah.

Dengan difinisi ini, al-Quran dapat dibezakan dari kitab-kitab yang lain kerana membacanya merupakan ibadah dan ini menunjukkan bahawa Allah telah memberikan keringanan kepada hamba-Nya untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Sejak zaman sahabat telah diadakan pembahagian al-Quran kepada beberapa bahagian. Pembahagian tersebut hanya sekadar untuk hafalan dan amalan pada setiap hari atau untuk dibaca dalam solat. Pada zaman sahabat Zaid bin Tsabit telah mengetuai proses pembukuan al-Quran.

Salah satu cara pembahagian al-Quran ialah, telah dibahagikan dan dipecahkan kepadan 30 juz, 114 surah dan 60 hizb.

Sejarah Pemeliharaan al-Quran

Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W

Pada permulaan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang jahil. Bukan sahaja mereka jahil dalam agama bahkan mereka merupakan satu bangsa yang buta huruf dan amat sedikit sahaja yang pandai menulis dan membaca. Pada zaman Rasulullah, mereka menggunakan kulit binatang, batu yang tipis dan licin, pelepah tamar, tulang binatang dan lain-lain. Mereka dapat mengenali kertas ketika Islam berjaya menakluki Parsi dan menggunakannya dengan sebaiknya iaitu menyebarkan kalam suci Allah S.W.T.

Dengan demikian, terdapatlah di zaman Nabi Muhammad 3 unsur yang menolong memelihara ayat al-Quran iailah :

- Hafalan daripada mereka yang hafal Quran
-Naskah-naskah yang di tulis untuk Nabi
-Naskah-naskah yang ditulis oleh mereka yang pandai menulis dan membaca untuk kepentingan mereka

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang mengutarakan penghargaan yang tinggi terhadap huruf, pena dan tulisan. Firman Allah :-

نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1)
(Al-Qalam : 1 )


Allah S.W.T turut menambahkan penghargaan kepada hamba-Nya yang memelihara al-Quran melalui surah al-Alaq :-

ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
(Al-Alaq : 3-5)

Oleh itu, bertambahlah keinginan untuk belajar menulis dan membacanya.

Keutamaan al-Quran dan pembacanya

Setelah menerangkan dengan panjang lebar tentang al-Quran dapatlah diketahui bahawa al-Quran yang diturunkan oleh Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.

تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5)

(Yasin : 5 )

Semestinya sesiapa yang mempunyai dalam dada adalah lebih utama. Ini merupakan satu kemuliaan yang diberikan Allah kepada manusia yang tiada taraf bandingnya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Barangsiapa membaca al-Quran kemudian dia merasakan ada orang lain yang dikurniakan Allah kepadanya, maka dia telah memperkecilkan sesuatu yang dibesarkan oleh Allah"

Tidakkah kita terasa teruja untuk membaca al-Quran keran terlalu banyak faedahnya?? Terdapat satu hadis yang mafhumnya bermaksud setiap huruf yang dibaca daripada al-Quran diberi satu kebaikan dan satu kebaikan bersamaan sepuluh pahala. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Seutama-utama ibadat umatku ialah membaca al-Quran"

Perlunya al-Quran diturunkan

مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2)
(Toha : 2)

Allah telah menerangkan berdasarkan ayat di atas bahawa dia tidak menurunkan al-Quran melainkan sebagai satu rahmat serta mukjizat yang agung kepada manusia.

Isi kandungan al-Quran

Al-Quran diturunkan bagi mereka yang ingin bahagia dunia dan akhirat. Tidak diturunkan pada suatu umat sahaja tetapi untuk seluruh manusia dan sepanjang masa. Ajaran-ajarannya begitu luas dan menjadi peringatan bagi seluruh Alam.

Firman Allah Taala :

تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَـٰلَمِينَ نَذِيرًا (١
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (1)

(Al-Furqan : 1 )

konklusinya, penurunan al-Quran telah membawa seribu pengorbanan sejurus melahirkan ummah yang cemerlang. Kita seharusnya bersyukur malah menghargai jasa ummah terdahulu yang begitu gigih menjaga kesucian al-Quran. Seharsnya kita mengamalkan segala panduan yang terdapat dalam al-Quran supaya hidup dirahmati Allah sepanjang zaman. InsyaAllah


Continue Reading...

Saturday, November 21, 2009

Pentingnya menghayati Islam


Telah disunting...
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana kita masih diberi 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Walaupun kita sudah pun memeluk Islam saat kita dilahirkan ke dunia fana ini, namun hakikatnya masih ramai yang hanya menonjolkan Islam pada nama semata-mata. Mereka inilah yang tenggelam timbul dalam arus pemodenan y7ang deras menghanyutkan umat Islam yang lalai. Berbeza dengan insan-insan terpilih yang dikurniakan hidayah oleh Allah S.W.T. Kehidupan mereka yang ada pada mula jauh menyimpang daripada kebenaran akhirnya dianugerahkan sinar kebaikan yang dijadikan panduan untuk kembali kepada Islam. Maka seharusnya kita bersyukur dengan nikmat hidayah yang telah dikurniakan.

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

Seperti baru semalam, Gua Hira' menjadi saksi peristiwa penurunan wahyu pertama yang disampaikan melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dengan berlakunya peristiwa bersejarah ini, bermulalah tanggungjawab baginda sebagai Rasulullah berdakwah dan menyampaikan agama Islam kepada umat manusia akhir zaman.

Persoalan terbesar yang perlu kita tanyakan kepada diri kita semua, sejauh manakan penghayatan kita terhadap agama Islam?? Sebesar manakah pengorbanan yang telah kita lakukan dalam mempertahankan syiar Islam agar terus berkembang di atas muka bumi ini?? Seperti masih bergema tangisan sayu Muhajirin mengiringi penghijrahan mereka ke Madinah. Pengorbanan mereka meninggalkan semua yang mereka miliki demi menegakkan Islam bukanlah suatu perkara yang sia-sia, malah menjadi titik tolak penyebaran Islam ke serata dunia. Maka, kita yang masih diberi kesempatan untuk hidup oleh Allah S.W.T wajib meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya, Jihad tidak akan berakhir sehingga hari kiamat.

Berkorbanlah walau sedikit cuma. Dengan izin Allah Taala, mungkin sahaja pengorbana sekecil biji sawi yang lahir dari hati yang ikhlas ingin membantu ad-Din itulah yang menyelamatkan daripada azab neraka Jahannam. Orang yang mampu berkorban itu sudah tentulah orang yang beriman. Lihat sahajalah ketabahan hati golongan Muhajirin. Mana mungkin mereka akan berkorban untuk berhijrah ke Madinah jika mereka tidak benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Oleh itu, marilah kita bersama membina keimanan yang tinggi melalui pemantapan ibadah, rohani dan jasmani. Tingkatkan kualiti ibadah dengan menyelitkan rasa ikhlas beribadat kepada Allah selain mencari kekhusyukan dalam solat sehari-hari. Tambahkan amalan sunat serta jauhi perkara-perkara makruh. Jangan dilupakan kewajipan dan tinggalkan yang diharaman-Nya. Nescaya keimanan akan tumbuh subur dlam diri kita semua. Hayati kemanisan beribadah agar kita dapat menghayati Islam yang kita perjuangkan.

Ingatlah, Dunia pernah menyaksikan kegemilangan Tamadun Islam yang terlakar dalam lipatan sejarah. Lahirnya ilmuwan-ilmuwan Islam terulung seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Ibnu Khaldun yang diakui kehebatan mereka. Penaklukan demi penaklukan yang berjaya dilakukan oleh pasukan tentera Islam yang bersemangat waja. Panglima tentera Islam seperti Khalid Al-Walid yang gagah perkasa serta barisan pemimpin negara yang adil dan saksama membuktikan kehebatan Islam di mata dunia. Bagaiman kejayaan ini dikecapi??? Jawapannya, sudah pastilah cara hidup dan tindakan mereka yang berlandaskan penghayatan terhadap Islam. Dan juga penghayatan yang sepenuhnya terhadap "LA ILAAHA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH".

Ayuh kita menghayati Islam bagi mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini seiring dengan matlamat umat Islam seluruhnya iaitu untuk mendapat keredhaan Allah serta menggapai syurga Allah yang kekal abadi, InsyaAllah...



"Akan datang kepada manusia satu zaman yang tidak kekal daripada Islam melainkan namanya dan tidak kekal daripada al-Quran melainkan resamnya"
Continue Reading...

Friday, November 20, 2009

Mikrocip Di Dalam Vaksin H1N1

oleh Ibnuyaacob

vedrichip_protest2

Adakah mampu golongan kapitalis Yahudi ini memasukkan nano robot di dalam vaksin H1N1? Atau adakah mereka mampu mengawal seluruh manusia dengan hanya nano robot? Apakah perisian yang terkandung di dalam nano robot?

“Dasar Kawalan Populasi” atau “Dasar Mengurangkan Populasi” penduduk dunia

Semenjak berlakunya penularan wabak H1N1, ia merupakan peluang terbaik pihak Illuminati untuk menjalankan dasar mengawal minda manusia (mind control project). Penelitian kami mendapati pelan induk projek ini adalah ucapan David Rockefeller mengenai kawalan populasi manusia pada satu majlis makan malam anjuran Business Council di Amerika.

Misi kawalan populasi manusia yang dibentangkan oleh Rockefeller bukanlah bermakna mematikan manusia dalam jumlah yang besar. Isu H1N1 sama tarafnya dengan isu SARS, HIV, Birdflu dan lain-lain, ia memang boleh membawa kematian tetapi kematian dalam jumlah yang tinggi adalah sukar dan masih kurang dari 0.5 % daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia.

Jadi apakah fungsi virus H1N1?

Ianya berfungsi untuk menimbulkan satu suasana panik dikalangan masyarakat, tokoh-tokoh politik dan kerajaan seluruh dunia. Keadaan panik harus dijana oleh satu elemen yang menakutkan.

Jadi, di dalam situasi ini, elemen tersebut ialah H1N1 manakala tempahan berjuta-juta dos dari seluruh kerajaan dunia dinamakan global panic situation. Ini adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era Revolusi Perancis.

Sesungguhnya kami menjangkakan kemuncak isu wabak selsema babi ini adalah perlaksanaan program-program pemvaksinan secara paksa ke atas masyarakat. Pemaksaan tersebut adalah berkaitan satu projek rahsia Illuminati untuk memasukkan mikrocip-mikrocip ke dalam tubuh manusia.

Penggunaan Nano Robot di dalam vaksin


klik bawah untuk baca seterusnya
Mikrocip Di Dalam Vaksin H1N1

Posted using ShareThis
Continue Reading...

Ragam Pemimpin


Artikel pelajar sempena MPI (sedikit pengubahsuaian)

Dalam zaman yang serba moden ini, tidak dapat dinafikan kita seringkali diterkejutkan dengan pelbagai fenomena-fenomena yang pelik lagi menghairankan. Sebenarnya, kalau kita manusia yang bijak lagi cerdik, ini semua adalah tanda-tanda yang Allah turunkan kepada kita. Dulu tsunami, kemudian SARS, dan yang terbaru sekarang.....selsema khinzir atau dengan bahasa melampaunya selsema babi walaupun saintis menggelarnya sebagai virus H1N1. Suatu masa dahulu, seorang tokoh Malaysia dengan yakinnya membuat kenyataan bahawa Malaysia tidak akan terkena wabak ini. Walaubagaimanapun, telah tercatat dalam sejarah jua dalam surat khabar Metro, seorang warganegara yang belajar di AS telah kembali ke tanah air dengan membawa virus ini! Apakah maknanya semua ini???

Kalau difikir-fikir balik, kenapa semua benda ini terjadi? Kenapa?? Kenapa?? Walaupun tiada skema khusus untuk jawapannya, tetapi apa yang boleh dijadikan khulasohnya bahawa semua ini disebabkan kita yang tidak memainkan peranan sebenar sebagai khalifah di Bumi Allah ini. Peranan untuk menjaga dan memakmurkan Bumi Allah ini menjadi suatu amanat yang diletakkan di atas bahu kita sampai hari kiamat. Tapi apakan daya...kita lupa akan tanggungjawab yang hakiki ini.

Pepatah orang dulu kala, 'like father like son' sememangnya sesuai digunakan bagi menerangkan keadaan manusia sekarang, di mana 'father' mewakili pemimpin dan 'son' adalah pengikutnya. Bagaimana ketua begitulah pengikutnya.

Dalam keadaan pemimpin sekarang yang kita sendiri boleh menilai bagaimana sikap mereka, sudah pasti kita boleh agak bagaimana pula dengan masayarakatnya? ~saya potong di sini~

Renungkanlah Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

"..tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi seorang 'alim, orang ramai akan melantik ketua yang jahil, maka apabila ditanya, mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain"

Begitulah senarionya apabila pemimpin sendiri tidak melaksanakan tanggungjawabnya, mereka sendiri yang tidak boleh pakai. Hal ini tidak ubah seperti semasa zaman kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah, yang disebabkan oleh kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur. Sedangkan sultan sendiri mementingkan hiburan, apatah lagi rakyat sebagai pengikut? Maka benarlah kata-kata George Santyan (bukan nama sebenar), " Those who cannot remember the past are condemned to repeat it ".

Walaupun saintis menyimpulkan semua ini terjadi disebabkan oleh usia Bumi yang semakin tua, namun sebagai umat Islam seharusnya kita sedar apa yang berlaku bukan kerana faktor geografi. ..tetapi disebabkan kelalaian kita sendiri, yang masih perasan bagus tidak mahu menerima kesalahan yang telah dilakukan. Banyak yang kita tegah tapi kita masih buat. Kita sibuk memusingkan ayat Al-Quran semata-mata untuk meng'halal'kan apa yang kita buat. Ya, inilah gaya hidup masyarakat sekarang di mana dunia diletakkan di atas kepala, sepertimana juga seorang penjual susu meletakkan tempayan susunya di atas kepala dan akhirnya susu tumpah satu hapah pun tak dapat.

Walaubagaimanapun, rumah cacing pun ada lubang masuk dan keluarnya. Begitu juga dengan masalah. Ada permulaan dan ada jalan penyelesaiannya. Pepatah orang putih ada berkata ' don't judge a book by it's cover'. Begitu juga, pilihlah ketua yang terbaik bukan dari aspek luaran dan fizikalnya tetapi pada hati nurani yang terpamer pada peribadi dan akhlak. Ini kerana segalanya bermula daripada ketua, kerana merekalah yang menjadi tunjang kepada sesebuah komuniti, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud,

"Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"

Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang berteraskan Al-Quran dan Assunnah, bukan mereka yang menjadikan diri sebagai hamba kepada dunia dan segala kemewahannya. Oleh itu, boleh disimpulkan kalau sendiri ketua sendiri dah salah pilih, bagaimana masyarakat Islam dapat dilahirkan???

Sebagai sebahagian daripada warga masyarakat pula kita perlu sentiasa menyedari hakikat kita dilahirkan adalah sebagai hambaNya yang akan memakmurkan Bumi ini. Fakta ini pula menuntut kita untuk memiliki suatu elemen yang penting dalam diri kita, melebihi kepentingan memiliki 'kekasih' iaitu perasaan SEDAR DIRI! Apabila dibaja dan diberi nutrient secukupnya juga dengan penjagaan rapi perasaan ini akan menghasilkan sejenis antidot yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit masyarakat zaman sekarang yakni 'amar ma'ruf nahi munkar'. Namun begitu, terbukti secara saintifik bahawa antidot ini tidak dapat dibiakkan samaada secara aseksual mahupun sebaliknya. Maka, usaha sendiri secara beristiqamah di samping berdoa kepada yang Maha Esa adalah jalan yang paling efektif untuk kita menghasilkannya.

Penggunaan konsep amar ma'ruf nahi munkar juga ada tatacara tersendiri yang perlu diikuti bagi memastikan keberkesanannya terhadap masyarakat. Oleh sebab terlalu panjang, diberikan rumusannya yang pertama:-

Perlunya mengajak manusia ke arah kebaikan. Dalam hal ini, masalah 'cakap tak serupa bikin' sangat-sangat oerlu dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya kejadian kutuk mengutuk dan mengumpat sesama manusia.

Kedua:-

Mencegah kemungkaran yang berlaku sama ada dengan kuasa, kata-kata atau hati yang mana mencegah dengan hati adalah melalui perasaan benci terhadap kemungkaran tersebut. Walaupun cara ini merupakan selemah-lemah iman, namun ia adalah lebih baik daripada tiada langsung bahkan daripada menjadi penyokong kepada kemungkaran tersebut.

Ingatlah bahawa Tuhan telah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang sentiasa bertaubat dan menyesal atas segala kesilapan yang dilakukan. Jadi, apa tunggu lagi?? Let's change for a better future...

Waallhu'alam...
Continue Reading...

Thursday, November 19, 2009

Sejarah Rasulullah...oleh Sheikh Habib Ali Al-Jufri














Continue Reading...
 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template