Friday, November 20, 2009

Ragam Pemimpin


Artikel pelajar sempena MPI (sedikit pengubahsuaian)

Dalam zaman yang serba moden ini, tidak dapat dinafikan kita seringkali diterkejutkan dengan pelbagai fenomena-fenomena yang pelik lagi menghairankan. Sebenarnya, kalau kita manusia yang bijak lagi cerdik, ini semua adalah tanda-tanda yang Allah turunkan kepada kita. Dulu tsunami, kemudian SARS, dan yang terbaru sekarang.....selsema khinzir atau dengan bahasa melampaunya selsema babi walaupun saintis menggelarnya sebagai virus H1N1. Suatu masa dahulu, seorang tokoh Malaysia dengan yakinnya membuat kenyataan bahawa Malaysia tidak akan terkena wabak ini. Walaubagaimanapun, telah tercatat dalam sejarah jua dalam surat khabar Metro, seorang warganegara yang belajar di AS telah kembali ke tanah air dengan membawa virus ini! Apakah maknanya semua ini???

Kalau difikir-fikir balik, kenapa semua benda ini terjadi? Kenapa?? Kenapa?? Walaupun tiada skema khusus untuk jawapannya, tetapi apa yang boleh dijadikan khulasohnya bahawa semua ini disebabkan kita yang tidak memainkan peranan sebenar sebagai khalifah di Bumi Allah ini. Peranan untuk menjaga dan memakmurkan Bumi Allah ini menjadi suatu amanat yang diletakkan di atas bahu kita sampai hari kiamat. Tapi apakan daya...kita lupa akan tanggungjawab yang hakiki ini.

Pepatah orang dulu kala, 'like father like son' sememangnya sesuai digunakan bagi menerangkan keadaan manusia sekarang, di mana 'father' mewakili pemimpin dan 'son' adalah pengikutnya. Bagaimana ketua begitulah pengikutnya.

Dalam keadaan pemimpin sekarang yang kita sendiri boleh menilai bagaimana sikap mereka, sudah pasti kita boleh agak bagaimana pula dengan masayarakatnya? ~saya potong di sini~

Renungkanlah Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

"..tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi seorang 'alim, orang ramai akan melantik ketua yang jahil, maka apabila ditanya, mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain"

Begitulah senarionya apabila pemimpin sendiri tidak melaksanakan tanggungjawabnya, mereka sendiri yang tidak boleh pakai. Hal ini tidak ubah seperti semasa zaman kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah, yang disebabkan oleh kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur. Sedangkan sultan sendiri mementingkan hiburan, apatah lagi rakyat sebagai pengikut? Maka benarlah kata-kata George Santyan (bukan nama sebenar), " Those who cannot remember the past are condemned to repeat it ".

Walaupun saintis menyimpulkan semua ini terjadi disebabkan oleh usia Bumi yang semakin tua, namun sebagai umat Islam seharusnya kita sedar apa yang berlaku bukan kerana faktor geografi. ..tetapi disebabkan kelalaian kita sendiri, yang masih perasan bagus tidak mahu menerima kesalahan yang telah dilakukan. Banyak yang kita tegah tapi kita masih buat. Kita sibuk memusingkan ayat Al-Quran semata-mata untuk meng'halal'kan apa yang kita buat. Ya, inilah gaya hidup masyarakat sekarang di mana dunia diletakkan di atas kepala, sepertimana juga seorang penjual susu meletakkan tempayan susunya di atas kepala dan akhirnya susu tumpah satu hapah pun tak dapat.

Walaubagaimanapun, rumah cacing pun ada lubang masuk dan keluarnya. Begitu juga dengan masalah. Ada permulaan dan ada jalan penyelesaiannya. Pepatah orang putih ada berkata ' don't judge a book by it's cover'. Begitu juga, pilihlah ketua yang terbaik bukan dari aspek luaran dan fizikalnya tetapi pada hati nurani yang terpamer pada peribadi dan akhlak. Ini kerana segalanya bermula daripada ketua, kerana merekalah yang menjadi tunjang kepada sesebuah komuniti, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud,

"Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu"

Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang berteraskan Al-Quran dan Assunnah, bukan mereka yang menjadikan diri sebagai hamba kepada dunia dan segala kemewahannya. Oleh itu, boleh disimpulkan kalau sendiri ketua sendiri dah salah pilih, bagaimana masyarakat Islam dapat dilahirkan???

Sebagai sebahagian daripada warga masyarakat pula kita perlu sentiasa menyedari hakikat kita dilahirkan adalah sebagai hambaNya yang akan memakmurkan Bumi ini. Fakta ini pula menuntut kita untuk memiliki suatu elemen yang penting dalam diri kita, melebihi kepentingan memiliki 'kekasih' iaitu perasaan SEDAR DIRI! Apabila dibaja dan diberi nutrient secukupnya juga dengan penjagaan rapi perasaan ini akan menghasilkan sejenis antidot yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit masyarakat zaman sekarang yakni 'amar ma'ruf nahi munkar'. Namun begitu, terbukti secara saintifik bahawa antidot ini tidak dapat dibiakkan samaada secara aseksual mahupun sebaliknya. Maka, usaha sendiri secara beristiqamah di samping berdoa kepada yang Maha Esa adalah jalan yang paling efektif untuk kita menghasilkannya.

Penggunaan konsep amar ma'ruf nahi munkar juga ada tatacara tersendiri yang perlu diikuti bagi memastikan keberkesanannya terhadap masyarakat. Oleh sebab terlalu panjang, diberikan rumusannya yang pertama:-

Perlunya mengajak manusia ke arah kebaikan. Dalam hal ini, masalah 'cakap tak serupa bikin' sangat-sangat oerlu dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya kejadian kutuk mengutuk dan mengumpat sesama manusia.

Kedua:-

Mencegah kemungkaran yang berlaku sama ada dengan kuasa, kata-kata atau hati yang mana mencegah dengan hati adalah melalui perasaan benci terhadap kemungkaran tersebut. Walaupun cara ini merupakan selemah-lemah iman, namun ia adalah lebih baik daripada tiada langsung bahkan daripada menjadi penyokong kepada kemungkaran tersebut.

Ingatlah bahawa Tuhan telah menjanjikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang sentiasa bertaubat dan menyesal atas segala kesilapan yang dilakukan. Jadi, apa tunggu lagi?? Let's change for a better future...

Waallhu'alam...

0 comments:

Post a Comment

 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template