Sunday, November 29, 2009

Rahsia di Sebalik Kitab Suci


Apakah itu al-Quran? Quran menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr. Subhi Al-Salih bererti 'bacaan' asal kata 'qaraa'. Kata al-Quran itu berbentuk isim maf'ul iaitu maqra (dibaca). Dalam al-Quran itu sendiri ada pemakaian kata Quran dalam erti demikian sebagai tersebut dalam ayat 17-18 daripada surah al-Qiyamah.

إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18)l

Kemudian digunakan perkataan al-Quran yang dikenali sekarang. Definisi al-Quran ialah: Kalam Allah S.W.T yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril diriwayatkan secara mutawattir serta membacanya merupakan ibadah.

Dengan difinisi ini, al-Quran dapat dibezakan dari kitab-kitab yang lain kerana membacanya merupakan ibadah dan ini menunjukkan bahawa Allah telah memberikan keringanan kepada hamba-Nya untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Sejak zaman sahabat telah diadakan pembahagian al-Quran kepada beberapa bahagian. Pembahagian tersebut hanya sekadar untuk hafalan dan amalan pada setiap hari atau untuk dibaca dalam solat. Pada zaman sahabat Zaid bin Tsabit telah mengetuai proses pembukuan al-Quran.

Salah satu cara pembahagian al-Quran ialah, telah dibahagikan dan dipecahkan kepadan 30 juz, 114 surah dan 60 hizb.

Sejarah Pemeliharaan al-Quran

Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W

Pada permulaan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang jahil. Bukan sahaja mereka jahil dalam agama bahkan mereka merupakan satu bangsa yang buta huruf dan amat sedikit sahaja yang pandai menulis dan membaca. Pada zaman Rasulullah, mereka menggunakan kulit binatang, batu yang tipis dan licin, pelepah tamar, tulang binatang dan lain-lain. Mereka dapat mengenali kertas ketika Islam berjaya menakluki Parsi dan menggunakannya dengan sebaiknya iaitu menyebarkan kalam suci Allah S.W.T.

Dengan demikian, terdapatlah di zaman Nabi Muhammad 3 unsur yang menolong memelihara ayat al-Quran iailah :

- Hafalan daripada mereka yang hafal Quran
-Naskah-naskah yang di tulis untuk Nabi
-Naskah-naskah yang ditulis oleh mereka yang pandai menulis dan membaca untuk kepentingan mereka

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang mengutarakan penghargaan yang tinggi terhadap huruf, pena dan tulisan. Firman Allah :-

نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1)
(Al-Qalam : 1 )


Allah S.W.T turut menambahkan penghargaan kepada hamba-Nya yang memelihara al-Quran melalui surah al-Alaq :-

ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
(Al-Alaq : 3-5)

Oleh itu, bertambahlah keinginan untuk belajar menulis dan membacanya.

Keutamaan al-Quran dan pembacanya

Setelah menerangkan dengan panjang lebar tentang al-Quran dapatlah diketahui bahawa al-Quran yang diturunkan oleh Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.

تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5)

(Yasin : 5 )

Semestinya sesiapa yang mempunyai dalam dada adalah lebih utama. Ini merupakan satu kemuliaan yang diberikan Allah kepada manusia yang tiada taraf bandingnya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

" Barangsiapa membaca al-Quran kemudian dia merasakan ada orang lain yang dikurniakan Allah kepadanya, maka dia telah memperkecilkan sesuatu yang dibesarkan oleh Allah"

Tidakkah kita terasa teruja untuk membaca al-Quran keran terlalu banyak faedahnya?? Terdapat satu hadis yang mafhumnya bermaksud setiap huruf yang dibaca daripada al-Quran diberi satu kebaikan dan satu kebaikan bersamaan sepuluh pahala. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Seutama-utama ibadat umatku ialah membaca al-Quran"

Perlunya al-Quran diturunkan

مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2)
(Toha : 2)

Allah telah menerangkan berdasarkan ayat di atas bahawa dia tidak menurunkan al-Quran melainkan sebagai satu rahmat serta mukjizat yang agung kepada manusia.

Isi kandungan al-Quran

Al-Quran diturunkan bagi mereka yang ingin bahagia dunia dan akhirat. Tidak diturunkan pada suatu umat sahaja tetapi untuk seluruh manusia dan sepanjang masa. Ajaran-ajarannya begitu luas dan menjadi peringatan bagi seluruh Alam.

Firman Allah Taala :

تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَـٰلَمِينَ نَذِيرًا (١
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (1)

(Al-Furqan : 1 )

konklusinya, penurunan al-Quran telah membawa seribu pengorbanan sejurus melahirkan ummah yang cemerlang. Kita seharusnya bersyukur malah menghargai jasa ummah terdahulu yang begitu gigih menjaga kesucian al-Quran. Seharsnya kita mengamalkan segala panduan yang terdapat dalam al-Quran supaya hidup dirahmati Allah sepanjang zaman. InsyaAllah


0 comments:

Post a Comment

 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template