Monday, December 7, 2009

Video Satu Kedatangan (The Arrival)


Subscribe : Kisah kedatangan Dajal Al Masih, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S. Membongkar sistem Dajal yang sedang membangun untuk menyesatkan umat manusia. Siri di dalam bahasa Melayu ini meru...






Ikuti episod seterusnya di youtube... Tengok, faham dan amal, InsyaAllah..

Artikel di bawah saya copy di sini dek kecetekan ilmu untuk menulis...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH Ta'ala seorang hamba ALLAH telah berjaya mentranslasikan siri The Arrivals yang telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia ini. Siri asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Lihat posting lama disini. Sebanyak 51 siri The Arrivals ini adalah siri yang saya berani katakan WAJIB ditonton oleh setiap orang. Penyampaiannya begitu berkesan dan kebenarannya jelas dengan bukti-bukti yang dipaparkan. Hinggakan ada golongan bukan muslim yang menonton siri ini, kini telah pun kembali menganut agama fitrah iaitu Islam.

Secara generalnya siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan Dajjal ini. Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini. Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini. Dan siri yang saya tampilkan di posting kali ini adalah dalam versi Malaysia yang telah ditranslasikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi baru ada sebanyak 13 siri saja. Nantikan lagi siri yang akan datang dan boleh ditonton di YouTube. Semoga usaha murni hamba ALLAH ini diredhoi-Nya dan diganjar pahala.

Kata Rasulullah Saw, "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang Dajjal."

Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)


Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH Ta'ala. Wallahua'lam bissawab.

Laa haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

0 comments:

Post a Comment

 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template