Thursday, January 28, 2010

Penghayatan Ma'al Hijrah yang sebenar


Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Borhanuddin Zakaria

Seperti yang kita ketahui, Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah mahupun secara umumnya perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat. Dalam konteks Islam, perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam. Namun, di sisi ulama’ perpindahan ini ialah perpindahan daripada kekufuran ke arah Islam.

Golongan Musyrikin Makkah mengatakan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W berlaku kerana takutkan penentangan yang berlaku di Makkah. Selain itu, mereka juga mengatakan Rasulullah mengelak daripada kesulitan berdakwah di Mekah dan Rasulullah menginginkan harta, pangkat dan lain-lain.

Pendapat golongan Musyrikin ini telah di jawab oleh ulama’, Rasulullah masih berada di Makkah sewaktu memerintah sahabat ke Habsyah. Yang kedua, Rasulullah telah menyediakan satu pasukan untuk berhijrah ke Madinah (Tajawul dakwah) yakni melihat terlebih dahulu keadaan di Madinah. Hujah seterusnya ialah Rasulullah berjaya menyampaikan dakwah di Makkah dan juga di Madinah. Oleh itu, orang Quraisy ingin membuang baginda, Orang Quraisy ingin menyekat baginda daripada berjaya ke Madinah kerana mereka bimbang Islam bakal tersebar di Madinah dan Makkah. Lalu mereka mengambil jalan untuk membunuh baginda.

Rasulullah S.A.W memasang strategi dan antara strategi baginda ialah mengajak Abu Bakar keluar bersama dengan baginda. Baginda juga mengajak seorang Musyrikin menunjuk jalan kepada baginda. Selain itu, Rasulullah melantik Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat baginda, baginda juga melantik Asma’ Abu Bakar menyampaikan khabar berkaitan strategi kaum Quraisy.

Sesampai sahaja di Madinah baginda membuat sistem Islam di Madinah dan meletakkan asas utama untuk mengembalikan ukhuwwah Islamiyyah. Apabila kita sebut sahaja perkataan ‘dakwah’ ia adalah suatu perkara yang sukar dan baginda Rasulullah mengalami kesusahan di sini. Pada mulanya, Rasulullah mengunakan dakwah fikriah namun, dakwah ini memberi kesan yang kecil. Lalu baginda menggunakan dakwah kekuatan politik. Dengan ini baginda boleh melaksanakan hukum Islam. Inilah 2 marhalah dakwah yang digunakan baginda. Rasulullah membuat pelbagai perubahan di Madinah contohnya Hukum Jihad dan orang Islam yang dhoif kepada gagah menguasai Ilmu.

Semua zaman kegemilangan Islam ini sudah berlalu. Pada hari ini, akidah makin kurang di kalangan umat Islam kerana umat Islam mempunyai penghayatan hijrah yang sempit! Padahal penghayatan hijrah sepatutnya tertumpu pada kekuatan politik. Maka, Islam mampu dijulang kembali.

Natijah ulama’ tentang hijrah ini ialah, Prof. Doktor Wahbah Zuhli menyatakan kita patut mengambil ‘sebab’ kekuatan Islam pada zaman Rasulullah. Bagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan mestilah ada usaha untuk memperbaiki kelemahan pada diri. Natijah seterusnya, Rasulullah sentiasa menyebut dalam hijrah saat-saat kegemilangan Islam. Baginda sentiasa bercerita dengan sahabat bahawa Islam akan menang! Akhirnya Islam dapat mengalahkan tentera Quraisy dan juga mengalahkan tentera Rom serta Islam berjaya melelong mahkota Rom.

Hijrah merupakan suatu perkara yang cukup payoh tapi kemenangan akan berjaya dicapai kemuadiannya. Maka, natijah yang ketiga, Nabi berhijrah bersama teman yakni secara berjemaah. Mereka mementingkan semangat kesepakatan setia kawan. Islam tertegak dengan Jamaah yakni secara beramai-ramai bila ramai barulah kita kuat!

Ingatlah, Zaman kegemilangan Islam bakal kembali berdaulat sekiranya Negara ini dapat didaulatkan dengan Islam!!!


Ceramah Ma'al Hijrah program pertama SUMUR untuk tahun 2010.

12 Januari 2010, Selasa

Dewan Terbuka, SM Imtiaz Dungun Atas

Kertas Kerja Crmh Maal Hijrah

Continue Reading...
 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template