Monday, September 13, 2010

MUHASABAH MADRASAH RAMADHAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini kita masih dikurniakan-Nya nikmat sihat. Kita baru sahaja melepasi Ramadhan dan apa yang kita harapkan bertemu lagi Ramadhan akan datang, InsyaAllah. Kini, kita berada di bulan Syawal yakni bulan kemenangan Umat Islam. Kemenangan dalam menahan nafsu di bulan Ramadhan. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )



Hakikatnya, apakah jihad di bulan Ramadhan mampu diteruskan oleh kita? "Bulan Ramadhan bulan berjihad, bulan Syawan bulan berjahat" jangan jadi seperti ini. Dan ada lagi "Puasa sebulan kurang orang di hospital, Raya sehari ramai orang di hospital" itulah beberapa ibarat yang dapat kita dengar.

Persoalannya di sini apakah madrasah Ramadhan yang dilalui itu berjaya? Siapakah yang mampu memberi jaminan bahawa madrasah Ramadhannya berjaya?

Seorang yang diampunkan dosa sudah pasti membenci kepada sebarang kemaksiatan. Apakah kita mampu memcapai tahap 'لعلكم تتقون'? Di awal Syawal lagi rancangan television yang penuh dengan kemaksiatan dijadikan sajian utama. Dan kitalah yang setia menjadi penontonnya serta menunggu di hadapan television. Apa yang pelik, setiap kali tiba aidilfitri cerita seram merupakan sajian yang WAJIB malah ada stesen tv yang menyajikan rancangan seram setiap mlam raya sehinggalah tamat Syawal. Apakah kaitannya cerita seram dengan Syawal? Apakah kita bergembira dan menyambut hari pelepasan Syaitan?

Jauhilah pandangan kita daripada kemaksiatan. Ini kerana, baranga siapa yang memenuhkan matanya dengan kemaksiatan, Allah Taala akan memenuhkan matanya dengan api neraka kelak.

Jihad di bulan Ramadhan yang dilakukan bersunguh-sungguh seperti membaca al-Quran dan Qiamulail perlu diteruskan di bulan-bulan yang lain. Dan inilah tanda mereka yang berjaya dalam Madrasah Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W

يا عبد الله فلا تكون مثل فلان كان قيام الليل ثم ترك قيام الليل

"Wahai hamba Allah, jangan kamu jadi seperti si fulan, dia mengerjakan Qiamulail kemudian dia meninggalkan Qiamulail"

Semoga kita semua mampu istiqmahkan amalan yang telah kita kerjakan di bulan Ramadhan, InsyaAllah. 'Istiqamah' itulah perkataan yang mudah untuk disebut baik mereka yang mempelajari Arab mahupun tidak namun suatu perkara yang cukup sukar untuk dilaksanakan. Sepaling-paling tidaknya kita mampu mendpat juga walaupun hanya seminima mungkin manfaat daripada bulan Ramadhan yang telah kita lalui, InsyaAllah. Sama-sama kita doakan. Waakhiran, jadilah kita hamba rabbi, bukan hamba kepada Ramadhan.

Waallahu'alam daripada insan yang hina.
Continue Reading...
 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template