Monday, September 13, 2010

MUHASABAH MADRASAH RAMADHAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini kita masih dikurniakan-Nya nikmat sihat. Kita baru sahaja melepasi Ramadhan dan apa yang kita harapkan bertemu lagi Ramadhan akan datang, InsyaAllah. Kini, kita berada di bulan Syawal yakni bulan kemenangan Umat Islam. Kemenangan dalam menahan nafsu di bulan Ramadhan. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )



Hakikatnya, apakah jihad di bulan Ramadhan mampu diteruskan oleh kita? "Bulan Ramadhan bulan berjihad, bulan Syawan bulan berjahat" jangan jadi seperti ini. Dan ada lagi "Puasa sebulan kurang orang di hospital, Raya sehari ramai orang di hospital" itulah beberapa ibarat yang dapat kita dengar.

Persoalannya di sini apakah madrasah Ramadhan yang dilalui itu berjaya? Siapakah yang mampu memberi jaminan bahawa madrasah Ramadhannya berjaya?

Seorang yang diampunkan dosa sudah pasti membenci kepada sebarang kemaksiatan. Apakah kita mampu memcapai tahap 'لعلكم تتقون'? Di awal Syawal lagi rancangan television yang penuh dengan kemaksiatan dijadikan sajian utama. Dan kitalah yang setia menjadi penontonnya serta menunggu di hadapan television. Apa yang pelik, setiap kali tiba aidilfitri cerita seram merupakan sajian yang WAJIB malah ada stesen tv yang menyajikan rancangan seram setiap mlam raya sehinggalah tamat Syawal. Apakah kaitannya cerita seram dengan Syawal? Apakah kita bergembira dan menyambut hari pelepasan Syaitan?

Jauhilah pandangan kita daripada kemaksiatan. Ini kerana, baranga siapa yang memenuhkan matanya dengan kemaksiatan, Allah Taala akan memenuhkan matanya dengan api neraka kelak.

Jihad di bulan Ramadhan yang dilakukan bersunguh-sungguh seperti membaca al-Quran dan Qiamulail perlu diteruskan di bulan-bulan yang lain. Dan inilah tanda mereka yang berjaya dalam Madrasah Ramadhan. Sabda Rasulullah S.A.W

يا عبد الله فلا تكون مثل فلان كان قيام الليل ثم ترك قيام الليل

"Wahai hamba Allah, jangan kamu jadi seperti si fulan, dia mengerjakan Qiamulail kemudian dia meninggalkan Qiamulail"

Semoga kita semua mampu istiqmahkan amalan yang telah kita kerjakan di bulan Ramadhan, InsyaAllah. 'Istiqamah' itulah perkataan yang mudah untuk disebut baik mereka yang mempelajari Arab mahupun tidak namun suatu perkara yang cukup sukar untuk dilaksanakan. Sepaling-paling tidaknya kita mampu mendpat juga walaupun hanya seminima mungkin manfaat daripada bulan Ramadhan yang telah kita lalui, InsyaAllah. Sama-sama kita doakan. Waakhiran, jadilah kita hamba rabbi, bukan hamba kepada Ramadhan.

Waallahu'alam daripada insan yang hina.
Continue Reading...

Friday, June 25, 2010

Solat Taubat Penjernihan Jiwa

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Continue Reading...

Thursday, June 24, 2010

Keistimewaan Rejab


Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Continue Reading...

JADUAL PROGRAM MINGGUAN (BANIN)


Sila semak nama anda dan kami berharap anda dapat melaksanakan tugas anda dengan baik, InsyaAllah
Continue Reading...

Thursday, April 15, 2010

Modul Usrah Tingkatan 5

Tekan untuk besarkan

*Tertakluk kepada Murobbi dan Murobbiyah serta Lajnah Pengajian Usrah bagi perubahan
Continue Reading...

Qiamulail


Maklumat Program :

- Setiap pagi Jumaat (minggu tidak balik)

- Semua pelajar

p/s : Dokumentasi akan ditambah secara beransur-ansur
Continue Reading...

Kelas Munaqasyah An-Nisa'

Alhamdulillah tahun ini Allah Taala masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk sama-sama menyambung pelajaran tahun lepas mengenai Nisa'. Terima kasih buat Ustazah Siti Zubaidah binti Awang dan juga pihak MPP BADAR yang memberikan kerjasama kepada kami. Berikut adalah maklumat program :

Hari : Jumaat

Masa : 2.30 - 3.30 petang

Penceramah : Ustazah Siti Zubaidah Awang

Rujukan : Buku Wanita dan Darah

Buku Wanita dan Darah boleh didapati dengan Nur Kamilah Kamaruddin bagi f4 manakala bagi f5 dengan Nadiah Farahah Hassan.


*Pendokumentasian akan ditambah secara beransur-ansur, InsyaAllah.
Continue Reading...

Kelas Fardhu Ain di SK Tok Kah


Pertama-tamanya ucapan ribuan terima kasih buat Tuan Pengetua SK Tok Kah yang telah memberi kepercayaan kepada pelajar SM Imtiaz Dungun untuk menjadi fasilitator untuk Kem Bestari Solat, SK Tok Kah. Seramai 9 orang pelajar (banat) telah dihantar untuk mengajar pelajar yang berumur 7 hingga 9 tahun. Terima kasih jua buat Ustaz Mohd Borhanuddin dan isteri kerana memilih kami.

Semoga pengalaman mengajar adik-adik ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Program ini jua melatih kami untuk menjadi mesra alam dengan komuniti. Selain itu, ilmu-ilmu yang selama ini belajar boleh disumbangkan kepada masyarakat, Alhamdulillah.

Info program adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 Mac 2010 (siri 1)

Tempat : SK Tok Kah, Dungun

Masa : 8.00 - 12.15 tengahari

Tahniah diucapkan buat pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Anak-anak perlu dididik dengan didikan agama sejak daripada kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. SK Tok Kah prihatin terhadap permasalahan anak-anak hari ini. Namun begitu, perlu diingatkan kepada ibu bapa peranan mendidik anak adalah peranan asas kedua ibu bapa bukannya sekolah.

Dilampirkan jua senarai pelajar yang terlibat :

1. Nazihah Abu Razim
2. Farah Aisyah Ahmad
3. Nurul Fadilla Mohamad
4. Sahida Che sidek
5. Noor Azilah Ahmad
6. Nik Aishah Nik Rashidin
7. Mas Hidayu Mohd Haris
8. Nabiela Husna
9. Fatin Aina Zulkhairi Amin
Continue Reading...

MAJLIS NUQABA' SUMUR 2010


CARTA ORGANISASI
MAJLIS NUQABA' SUMUR (MNS) 2010

PRESIDEN :
HUSNI ABRAR BIN DAHARI

TIMB. PRESIDEN I :
MOHD FAQIH BIN CHE RAPI

TIMB. PRESIDEN II :
FARAH AISYAH BINTI AHMAD

SETIAUSAHA I :
MUHAMMAD ARIF ARSYAD BIN SUHAILI

SETIAUSAHA II :
SAHIDA BINTI CHE SIDEK

BENDAHARI :
MAS HIDAYU BINTI MOHD HARIS

LAJNAH PENGAJIAN USRAH :
IZZAT KHAIRIL BIN MOHD SALIM
NAZIHAH BINTI ABU RAZIM

LAJNAH AKTIVITI & PERANCANGAN :
MOHD ASYRAF BIN MOHD ZAWAWI
NADIAH FARAHAH BINTI HASSAN

LAJNAH MULTIMEDIA :
WAN MOHD AHNAF BIN WAN AMINUDDIN
SITI NUR AFIQAH BINTI MOHD RASID

LAJNAH PUBLISITI & DOKUMENTASI :
AMMAR BIN JAMALUDDIN
ASIMAH BINTI ZAKARIA

LAJNAH KOMUNITI :
MUHAMMAD FARIS BIN SHAMSUL BAHRI
MAWIYAH MOHAMMED
Continue Reading...

Sambutan Maulidur Rasul 1431H


Sekolah Menengah imtiaz Dungun telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 10 Mac 2010 bersamaan 24 Rabiul Awal 1431 H di bawah anjuran Sahsiah Unggul Murid 2010. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut, antaranya mengadakan perarakan, ceramah dan penganugerahan tokoh maulidur rasul. Acara sambutan dimulakan dengan perarakan bermula di Dataran Imtiaz A pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 9.00 pagi di Masjid An-Naim. Di sana, ceramah agama bertajuk “Maulidur Rasul” telah diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Wan Ubaidillah bin Wan Nawi.

Upacara penyampaian anugerah tokoh maulidur rasul diadakan sejurus selepas berakhirnya ceramah. Terdapat 3 kategori bagi anugerah iaitu kategori pelajar, guru dan kakitangan. Bagi kategori pelajar, ia telah dimenangi oleh adik Ahmad Amirul Insan bin Che Zahari (menengah atas) dan adik Abdullah Munzir bin Abdul Karim (menengah bawah). Kategori guru pula dimenangi oleh Ustaz Ahmad Sukri bin Omar manakala kategori kakitangan pula dimenangi oleh Tengku Mazlan bin Tengku Ahmad.
Sebanyak 25 dorm telah menyertai perarakan pada hari tersebut. Johan bagi perarakan dimenangi oleh dorm Husin dan dorm Sofiyyah. Dorm Abu Bakar (B) dan dorm Zainab (A) memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh dorm Hamzah dan dorm Ummu Salamah.

Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini telah berjaya menambahkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan kakitangan sekolah.



Sambutan ini adalah bertujuan menyuburkan lagi perasaan cinta akan baginda Rasulullah S.A.W samaada dalam kalangan pelajar, guru, staf mahupun penduduk setempat. Melihat keadaan umat Islam hari ini yang terumbang ambing dalam arus kemodenan maka sememangnya wajar bagi kita menyambut kelahiran Rasulullah. Mulut terlalu mudah mengakui bahawa kita mencintai baginda Nabi Muhammad S.A.W namun hakikatnya berapa kalikah kita berselawat ke atas baginda dalam sehari?

Antara cara untuk kita mencintai baginda seterusnya mendapatkan cinta baginda kepada kita sebagai ummat baginda yang memerlukan syafaat baginda di akhirat kelak adalah dengan mengenali baginda. Saya sediakan video pengajian kitab Syamail Muhammadiah (peribadi Rasulullah) oleh Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir.



Continue Reading...

Thursday, March 4, 2010

Majlis Pelancaran Sumur dan Firqah 2010 dan Majlis Bubur As-Syura

Majlis Pelancaran Sumur dan Firqah 2010 telah diadakan di Dewan Terbuka SM imtiaz Dungun Atas pada 6 Februari yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Ayahanda Pengetua, En. Jaafar bin Abdullah. Antara agenda pada hari tersebut adalah majlis penyampaian watikah Nuqaba’, memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Sumur dan Firqah 2010. Agenda seterusnya diteruskan dengan acara mengacau bubur assyura. Program telah disertai oleh semua warga SM imtiaz Dungun bertempat di dataran imtiaz A. Majlis berakhir pada jam 3 petang.






Masih di bawah penyelenggaraan


Continue Reading...

Sunday, February 14, 2010

Propaganda Yahudi

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedih setelah mendengar berita yang melaporkan terlalu ramai orang Islam di Malaysia yang ditangkap pada malam semalam kerana membuat perkara haram. Ini adalah berikutan dengan Hari Mengingati Kekasih atau Hari Valentine. Nampaknya umat Islam pada hari ini telah parah dalam propaganda Yahudi. Disaat umat Islam sedang runtuh akhlaknya ada pihak yang bertepuk tangan gembira.

Nampaknya masyarakat bukan Islam lebih bijak menyambut hari valentine dengan menamatkan masa bujang (kahwin cara mereka). Namun umat Islam amat menyedihkan bukan sahaja kerana menyambut tarikh ini bahkan memilih untuk melakukan perkara yang tidak halal!

Sebenarnya ramai di antara umat Islam pada hari ini mengetahui tentang kisah disebalik hari valentine. Saban tahun kita melihat terlalu banyak peringatan daripada para blogger dan juga dalam media cetak yang menceritakan tentang perkara ini dan peringatan ini tidak diendahkan kerana mereka memenangi nafsu. Namun, tidak dinafikan masih ada pihak yang menggalakkan perkara ini dan apa yang menyedihkan golongan ini bergelar Muslim.

Hari ini kita nampak umat Islam hanya mengamalkan Islam ketika beribadat padahal Islam merupakan cara hidup. Tidak lama lagi 12 Rabiul Awal bakal kita tempuhi. Berapa ramaikah yang mengingati tarikh ini? Rugi kerana kita asyik menggunakan kalendar masihi padahal kita sudah ada kalendar Islam. Semua ini menyebabkan umat Islam lupa akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam Islam dan terus mengagungkan orang bukan Islam.

Apakah kita tidak bangga dengan kejayaan generasi pertama? Sehinggakan golongan yang menghancurkan Islam lebih diingati. Kejayaan generasi pertama adalah untuk diulang. Propaganda Yahudi terlalu banyak pada hari ini, kebanyakkannya adalah berbentuk mengawal minda. Umat Islam hari ini lebih gemar melazimi lidah-lidah dengan lagu-lagu yang melalaikan, lebih gemar melazimi telinga dengan perkara yang menjauhkan diri kepada Allah dan lebih gemar melazimi mata dengan pandangan maksiat. Bukankah lebih indah sebenarnya sekiranya dihadapkan dengan kalimah Allah? Dan inilah ketenangan yang bersifat abadi bukannya sementara.

Antara tarikh lain yang sengaja dilupuskan daripada minda umat Islam ialah 1 April yang dikatakan 'April Fool' dan 15 Mei tarikh tertubuhnya negara HARAM dilupakan dengan Happy Teachers Day. Berapa ramaikah yang masih mengingati tarikh serangan besar-besaran kembali ke atas Palestin yakni pada 27 December 2008?? Ia masih baru tapi sudah dilupai.

Continue Reading...

Isu Penggunaan Kalimah Allah


video oleh pelajar Al-Azhar



sumber : http://videonazrul.blogspot.com
Continue Reading...

Thursday, January 28, 2010

Penghayatan Ma'al Hijrah yang sebenar


Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Borhanuddin Zakaria

Seperti yang kita ketahui, Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah mahupun secara umumnya perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat. Dalam konteks Islam, perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam. Namun, di sisi ulama’ perpindahan ini ialah perpindahan daripada kekufuran ke arah Islam.

Golongan Musyrikin Makkah mengatakan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W berlaku kerana takutkan penentangan yang berlaku di Makkah. Selain itu, mereka juga mengatakan Rasulullah mengelak daripada kesulitan berdakwah di Mekah dan Rasulullah menginginkan harta, pangkat dan lain-lain.

Pendapat golongan Musyrikin ini telah di jawab oleh ulama’, Rasulullah masih berada di Makkah sewaktu memerintah sahabat ke Habsyah. Yang kedua, Rasulullah telah menyediakan satu pasukan untuk berhijrah ke Madinah (Tajawul dakwah) yakni melihat terlebih dahulu keadaan di Madinah. Hujah seterusnya ialah Rasulullah berjaya menyampaikan dakwah di Makkah dan juga di Madinah. Oleh itu, orang Quraisy ingin membuang baginda, Orang Quraisy ingin menyekat baginda daripada berjaya ke Madinah kerana mereka bimbang Islam bakal tersebar di Madinah dan Makkah. Lalu mereka mengambil jalan untuk membunuh baginda.

Rasulullah S.A.W memasang strategi dan antara strategi baginda ialah mengajak Abu Bakar keluar bersama dengan baginda. Baginda juga mengajak seorang Musyrikin menunjuk jalan kepada baginda. Selain itu, Rasulullah melantik Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat baginda, baginda juga melantik Asma’ Abu Bakar menyampaikan khabar berkaitan strategi kaum Quraisy.

Sesampai sahaja di Madinah baginda membuat sistem Islam di Madinah dan meletakkan asas utama untuk mengembalikan ukhuwwah Islamiyyah. Apabila kita sebut sahaja perkataan ‘dakwah’ ia adalah suatu perkara yang sukar dan baginda Rasulullah mengalami kesusahan di sini. Pada mulanya, Rasulullah mengunakan dakwah fikriah namun, dakwah ini memberi kesan yang kecil. Lalu baginda menggunakan dakwah kekuatan politik. Dengan ini baginda boleh melaksanakan hukum Islam. Inilah 2 marhalah dakwah yang digunakan baginda. Rasulullah membuat pelbagai perubahan di Madinah contohnya Hukum Jihad dan orang Islam yang dhoif kepada gagah menguasai Ilmu.

Semua zaman kegemilangan Islam ini sudah berlalu. Pada hari ini, akidah makin kurang di kalangan umat Islam kerana umat Islam mempunyai penghayatan hijrah yang sempit! Padahal penghayatan hijrah sepatutnya tertumpu pada kekuatan politik. Maka, Islam mampu dijulang kembali.

Natijah ulama’ tentang hijrah ini ialah, Prof. Doktor Wahbah Zuhli menyatakan kita patut mengambil ‘sebab’ kekuatan Islam pada zaman Rasulullah. Bagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan mestilah ada usaha untuk memperbaiki kelemahan pada diri. Natijah seterusnya, Rasulullah sentiasa menyebut dalam hijrah saat-saat kegemilangan Islam. Baginda sentiasa bercerita dengan sahabat bahawa Islam akan menang! Akhirnya Islam dapat mengalahkan tentera Quraisy dan juga mengalahkan tentera Rom serta Islam berjaya melelong mahkota Rom.

Hijrah merupakan suatu perkara yang cukup payoh tapi kemenangan akan berjaya dicapai kemuadiannya. Maka, natijah yang ketiga, Nabi berhijrah bersama teman yakni secara berjemaah. Mereka mementingkan semangat kesepakatan setia kawan. Islam tertegak dengan Jamaah yakni secara beramai-ramai bila ramai barulah kita kuat!

Ingatlah, Zaman kegemilangan Islam bakal kembali berdaulat sekiranya Negara ini dapat didaulatkan dengan Islam!!!


Ceramah Ma'al Hijrah program pertama SUMUR untuk tahun 2010.

12 Januari 2010, Selasa

Dewan Terbuka, SM Imtiaz Dungun Atas

Kertas Kerja Crmh Maal Hijrah

Continue Reading...

Monday, December 7, 2009

"From Zero to Hero"

Artikel sempena MPI...ditulis oleh banin

Pertama-pertamnya ana mohon kepada Allah S.W.T agar maqalah ringkas ini mampu menembusi hati-hati Ikhwah dan akhowat yang gersang. Moga ia mampu menemui kalian yang InsyaAllah bakal menyambung rantaian perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W satu siraman yang menyuburkan pohon kalimah toyyibah yang hidup subur di hati kita semua.

Ana tidaklah berhasrat membawa antum ke satu gelanggang perbahasan ilmu yang rumit, cukuplah sekadar perbahasan yang santai yang insyaAllah membantu kita sama-sama memahami Islam melalui wasilah yang terbaik. Sebelum itu, marilah kita sama-sama membuat satu konklusi ringkas tentang kondisi sekolah kita yang penuh barakah ini melalui persoalan-persoalan yang anan timbulkan di bawah.

1) Antara banyak-banyak negara di dunia, negara yang manakah cuba msengamalkan Islam secara menyeluruh?

2) Malaysia (InsyaAllah) boleh dikatakan negara Islam tetapi jika dilihat dalam banyak-banyak sekolah di Malaysia, sekolah agama majoriti atau minoriti?

3) Antara banyak-banyak sekolah agama, sekolah agama yang sepenuhnya aliran Sains Majoriti atau minoriti?

4) Antara banyak-banyak sekolah agama yang sepenuhnya aliran sains, yang terdapat sistem tahfiz majoriti atau minoriti?

Ana yakin jawapannya adalah minoriti. Yang ana hendak fokuskan di sini ialah sekolah agama yang sepenuhnya aliran sains serta memiliki sistem tahfiz. SM Imtiaz Dungun antara satu sekolah yang mempunyai kriteria tersebut di Malaysia. Namun yang menduka citakan, antara banyak-banyak pelajar Imtiaz, pelajar-pelajar yang benar-benar cemerlang dalam akademik, 'masyi' qurannya, mempunyai fikiran yang jernih serta syakhsiah yang mantap juga minoriti. (berapa punca minoriti dah), pelajar-pelajar yang dilihat mampu menjadi kader-kader dakwah juga minoriti. Ana yakin antum dapat memahami konklusi daripada persoalan-persoalan ana tadi. Sepatutnya malah tidak boleh tidak, majoriti pelajar IMTIAZ mampu menyambung risalah Tauhid yang di bawa junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam apa jua bidang.

Jika Al-Marhum Dr. Fathi Yakan meninggalkan umat Islam satu karya agung ' Apa Erti Saya Menganut Islam' yang membincangkan skop penghayatan Islam bermula dengan akidah, akhlak, diri sendiri, keluarga sehinggalah kepada gerakan Islam dan tertegaknya Daulah Islam, ana rasa memadailah ana membawa antum semua menghayati Islam daripada aspek seorang pelajar Imtiaz, khususnya sebagai seorang 'hamalatul Quran'. Sekadar menyentuh perkara-perkara yang cukup penting sering kita terlepas pandang.

>From Zero to Hero

Ana terpanggil untuk menceritakan pengalaman seorang sahabat ana apabila mengikuti sebuah seminar membincangkan sebab-sebab kemunduran umat Islam. Apa yang disampaikan oleh seorang shiekh yang membentangkan kertas kerja di seminar tersebut bukan ceramah yang berjela-jela dengan kajian yang penuh dengan statistik kenapa umat Islam mundur. Syeikh tersebut hanya mengedarkan satu borang muhasabah diri yang mengandungi senarai amalan-amalan sunat harian.

Mesej yang cukup mendalam cuba disampaikan di sini ialah tidak perlulah berbicara perkara yang sebesar gajah jika perkara sekecil kuman tidak mampu diselesaikan. Tidak perlulah berbicara soal 'masyi' Quran kalau hendak bangun tengah malam untuk beribadat serta mengulang pun tidak mampu dijaga. Tidak perlulah berbicara soal dakwah dan tanzim jika hubungan antara ibu, bapa, guru, masyarakat tidak mampu dijaga. Jika diri sendiri pun tidak tertarbiah jangan haraplah tarbiah kita untuk orang lain berhasil.

Cukuplah sekiranya ana simpulkan bahawa marilah kita bermula dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Marilah sama-sama bermula dari 'zero' sehinggalah menjadi 'Hero'. Bukan hero di hadapan ibu bapa, guru, masyarakat sahaja yang kita cari, tetapi hero pada pandangan Allah itulah yang lebih utama. Salah satu tunjang utamanya adalah taqwa. Sebagaimana firmannya :
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

>Ikhtilat. Banin kita, Banat kita

Sering kedengaran bunyi-bunyi sumbang apabila sesetengah pentazkirah menggunakan istilah 'banin kita', 'banat kita' bagi menggambarkan pelajar perempuan dan sebaliknya bagi menggambarkan pelajar lelaki. Namun hakikatnya sedarkah antum apa maksud yang cuba disampaikan melalui perkataan 'kita' itu? Bagi ana perkataan 'kita' itu membawa maksud Islam. Dengan makna lain 'banin kita' (saudara lelaki seIslam) dan 'banat kita' (saudara perempuan seIslam).

Banat kita banyak yang dihinakan dan dinafikan haknya hari ini tetapi mana banin yang diharap datang membantu? Jika dilihat dalam sejarah, apabla seorang muslimah tua yang diganggu oleh orang-orang Yahudi. khalifah almu'tasim terus mengistiharkan jihad terhadap mereka. Itu baru seorang muslimah yang tua. Kini bukan setakat perempuan tua malah yang muda serta kanak-kanak semua dizalimi tetapi tiada yang membela, sebagaimana kisah ukht Fatimah yang dirogol belasan kali di penjara Abu Ghuraib. Sejarah juga menunjukkan Islam juga sanggup membela wanita bukan Islam seperti kisah Salahuddin Al-Ayyubi yang sanggup menemani seorang ibu mencari anaknya yang hilang dari satu khemah. Inilah yang difirmankan Allah S.W.T :-
ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ

Kuatnya lelaki bukan untuk menzalimi tetapi membela dan mengasihi. Ana seru para akhawat sayangilah para banin kita dan begitulah sebaliknya. Yang saya maksudkan sayang kerana Allah. Kalu anti sayangkan banin kita, anti tidak akan membuka aurat malah sentiasa menjaganya serta tidak melembutkan suara di depan lelaki ajnabi. Kalau anta sayangkan banat kita, anta tidak akan menzalimi mereka dengan permainan perasaan, anta akan sentiasa menjaga pandangan malah membela mereka jika mereka disakiti atau dianiyai. Tidak akan wujud 'feminisme' atau perbalahan antara banin dan banat. Mereka saling bantu-membantu dalam perjuangan dakwah. Ini sebagaimana firman Allah :-

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٧١
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (71)

>Hiburan atau seni : Liberialisasi atau Islamisasi ?
Isu hiburan yang menjunjung budaya medonisme dan gejala sosial yang semakin meruncing sudah banyak dipolemikkan, namun tiada resolusi yang cukup efektif bagi membasmi gejala ini. Malah gejala ini terus menular hingga melibatkan pelajar aliran agama malah pelajar-pelajar tahfiz.

Bagi ana, isu ini dapat kita hadapi dengan membawa satu aliran alternatif iaitu muzik Islami yang ana sebut di sini muzik bukan nasyid. Nasyid bagi ana hanya merupakan satu genre daripada muzik Islam. Aliran muzik Islam hendaklah dijadikan muzik alternatif kerana pada hari ini kita tidak mampu menghalang muzik hedonisme ini. Malah dalam konteks dakwah kita mengajak bukan menghukum dengan menghalang. Kita mengajak manusia kepada Allah atau di sebut dai ilaallah.

Islam tidak menghalang hiburan dan seni. Buktinya zaman Rasulullah lagi terdapat sahabat yang mereka lirik lagu dan menyanyikan lagu tersebut seperti yang dilakukan Abdullah bin Rawan ketika peristiwa menggali parit dalam peperangan khandak. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah muzik pada hari ini mehidupkan budaya hedonisme yang cukup melalaikan tanpa batasan yang menyebabkan kita leka dan semakin jauh daripada Allah.

Maka menjadi tanggungjawab kita para huffaz untuk mengislamisasikan hiburan pada hari ini, bukannya meliberalisasikannya. Sebagaimana yang ana katakan, muzik Islami tidak semestinya nasyid. Sebenarnya bagi ana, muzik ini merupakan salah satu method dakwah. Genre muzik itu hanya bentuk penyampaian dakwah. Telah wujud pelbagai kumpulan muzik Islam dengan genre yang pelbagai seperti 786 boys dengan muzik pop, Native Deen dengan muzik rap dan banyak lagi yang tak mampu disenaraikan. Sekadar menyebut yang dikenali ramai. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong mereka.

Namun haruslah diingat bahawa tujuan utama hiburan dan seni dalam Islam adalah membawa manusia kepada Allah. Jika muzik tersebut melalaikan ianya ditolak walaupun berlabel muzik Islam. Mesej dakwah merupakan agenda utama dalam muzik Islami. Seperkara lagi yang amat penting dan harus diingat, sesungguhnya hiburan dan penenang jiwa yang terbaik adalah ayat suci al-quran dan mengingati Allah.


أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوب(٢٨
Ingatlah , sesungguhnya ilmu adalah apa yang bermanfaat bukan apa yang dihafaz.

العلم ما نفع ليس ما حفظ

Ibnu Mas'ud turut berkata:-

"Sesungguhnya generasi kami sukar untuk menghafaz ayat-ayat al-quran tetapi senang untuk mengamalkannya, dan sesungguhnya generasi selepas kami senang untuk menghafal namun untuk mengamalkannya. "

Cukuplah kata-kata ibnu Mas'ud menggambarkan berbezanya kita dengan generasi para sahabat yang digambarkan para ulama' sebagai jilul quran al-farid atau generasi al-quran yang unik. Generasi yang mana belajar al-Quran untuk mengamalkannya serta merta dan melucutkan segala amalan jahiliyah daripada diri mereka.

Ketahuilah bahawa makalah ini tidak cukup untuk membuat kita menghayati Islam secara sepenuhnya. Namun jika diamalkan Insya Allah pasti bermanfaat. Dalam menghayati Islam, tidak boleh tidak untuk kita mengamalkan Islam sepenuhnya dan menolak ajakan syaitan.

Firman Allah :-
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (208, Al-baqarah)

Jadi sama-samalah kita menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan mengamalkannya berlandaskan dua khazanah agung peninggalan baginda Rasulullah sebagaimana sabdanya :-

تركت فيكم أمرين لن تضلوا إن تمسكتم بهما كتاب الله و سنتي

Moga-moga kita para pelajar Imtiaz menjadi seorang 'amil yang komited, hamalatul quran yang hakiki bahkan menjadi generasi ulul albab yang bakal mewarnai dunia ini dengan keindahan Islam, InsyaAllah.

P/S : saper la tulis ni, pnjg...letih menaip
Continue Reading...

Video Satu Kedatangan (The Arrival)


Subscribe : Kisah kedatangan Dajal Al Masih, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S. Membongkar sistem Dajal yang sedang membangun untuk menyesatkan umat manusia. Siri di dalam bahasa Melayu ini meru...






Ikuti episod seterusnya di youtube... Tengok, faham dan amal, InsyaAllah..

Artikel di bawah saya copy di sini dek kecetekan ilmu untuk menulis...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH Ta'ala seorang hamba ALLAH telah berjaya mentranslasikan siri The Arrivals yang telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia ini. Siri asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Lihat posting lama disini. Sebanyak 51 siri The Arrivals ini adalah siri yang saya berani katakan WAJIB ditonton oleh setiap orang. Penyampaiannya begitu berkesan dan kebenarannya jelas dengan bukti-bukti yang dipaparkan. Hinggakan ada golongan bukan muslim yang menonton siri ini, kini telah pun kembali menganut agama fitrah iaitu Islam.

Secara generalnya siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan Dajjal ini. Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini. Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini. Dan siri yang saya tampilkan di posting kali ini adalah dalam versi Malaysia yang telah ditranslasikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi baru ada sebanyak 13 siri saja. Nantikan lagi siri yang akan datang dan boleh ditonton di YouTube. Semoga usaha murni hamba ALLAH ini diredhoi-Nya dan diganjar pahala.

Kata Rasulullah Saw, "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang Dajjal."

Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)


Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH Ta'ala. Wallahua'lam bissawab.

Laa haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Continue Reading...
 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template