Friday, August 28, 2009

Madrasah Ramadhan dan Penghayatan Al-Quran

Tulisan FaAh

Berkata seorang ulama’ bahawa fokus utama Ramadhan ialah penurunan Al-Quran yang mempunyai maksud amat besar. Namun katanya lagi, “Kita banyak berkisar kepada puasa, solat terawih, cara solat witir. Sedangkan fokus utama penurunan al-Quran mempunyai maksud yang jauh lebih besar.”

Al-Quran diturunkan sebagai panduan untuk menegakkan suatu sistem hidup yang luhur agar masyarakat secara global memperakui tuhan yang satu serta tidak berpecah belah.

Di mana suasana Al-Quran dapat dilihat?

Di Negara Islam yang lain, kita mampu melihat suasana ini di merata tempat samaada di kaki jalan dan sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur membaca Al-Quran. Bagaimana dengan Malaysia?? Sebuah Negara Islam, namun apa yang pasti berapa ramaikah mereka yang mampu membaca Al-Quran dengan baik di sini? Suasana Ramadhan di Malaysia adalah suasana membuat persiapan untuk menghadapi hari raya.

Kita hanya mengharapkan orang-orang tua yang bertadarus di masjid-masjid apabila tibanya Ramadhan, itupun berapa kerat sahaja? Di mana anak-anak muda kita? Hanya mengharapkan pelajar-pelajar Tahfiz yang membacanya. Bagaimana pula pelajar Tahfiz di Imtiaz Dungun? Semoga ruh Al-Quran itu ada di sini kerana siapa lagi yang akan membina bi’ah ini sekiranya bukan kita???

Mengapa ia terjadi?

Hal ini berlaku di Negara kita kerana kurangnya penghayatan Al-Quran dalam diri masyarakat kita hari ini. Jadi mari kita sama-sama menghayati agama dengan memperingatkan diri dengan riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadhan dengan penghayatan Al-Quran.

Riwayat-riwayat yang mengaitkan Ramadhan dengan penghayatan Al-Quran

Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturnkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).” (Al-baqarah : 185)

Menurut satu riwayat Ibnu Abbas r.a., ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik manusia, baginda menjadi lebih baik pada bulan Ramadhan ketika mana Jibril a.s menemuinya (Rasulullah) pada setiap malam pada bulan Ramadhan lalu mengajarkannya al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka Ramadhan itu sendiri dikhususkan untuk baginda bertadarus dengan Jibril, di mana baginda memeriksa bacaan serta hafalan di hadapan Jibril a.s. Pada setiap tahun, baginda s.a.w murajaah ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan dalam tempoh setahun sebelumnya.

Imam al-bukhari juga meriwayatkan bahawa pada tahun kewafatan baginda Rasulullah s.a.w memperdengarkan al-Quran kepada Jibril a.s sebanyak 2 kali khatam. Berdasarkan ini juga para ulama’ berpendapat mengkhatamkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan adalah bersesuaian dengan syarak.

Dengan ini adalah sunat bagi setiap Muslim untuk membaca al-Quran pada bulan Ramadhan dengan sekali khatam ataupun lebih. Menurut riwayat Imam At-Tirmizi dan Ahmad bin Hambal adalah sunat mengkhatamakan al-Quran sekali pada setiap bulan. Manakala Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ , bagi sesiapa yang mampu, maka dikhatamkan al-Quran seminggu sekali.

Imam Malik sendiri apabila memasuki bulan Ramadhan, beliau akan meninggalkan bacaan hadis samaada untuk mengajar ataupun meriwayatkannya. Beliau akan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Begitulah juga para ulama’ dari kalangan salaf as-solihin. ada dikalangan mereka yang mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap tiga malam. Sehinggakan pada 10 akhir Ramadhan mereka mengkhatamkan al-Quran pada setiap malam.

Namun, bukanlah semata-mata khatam al-Quran itu yang menjadi keutamaan. Al-Quran itu hendaklah dibaca dengan bertadabbur untuk memahami ajaran yang terkandung di dalamnya dan Allah juga memerintahkan Rasulullah secara tartil.

Madrasah Ramadhan yang kita lalui ini mengajar kita bahawa :-

1. Mengikut dan mengamalkan apa-apa yang diperintah Allah di dalam Al-Quran sebagai sumber manhaj Rabbani itu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim.

2. Ikutan dan amalan itu hendaklah dilakukan oelh orang perseorangan oleh kerajaan menurut bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh Allah.

3. Manusia, samaada perseorangan atau kerajaan, yang mengamalkan sebahagian dan meninggalkan yang sebahagian tuntutan al-Quran adalah satu perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

4. Manusia mestilah mempelajari, al-Quran itu samaada di sudut pembacaan ataupun di sudut pengertian dan kandungannya.

5. Manusia mestilah mempercayai dan berpegang teguh dengan apa-apa yang diturunkan Allah s.w.t dalam al-Quran itu.

Waallahu’alam…

rujukan : akhbar alternatif nombor 1 negara.

KEMPEN BACA QURAN di bulan RAMADHAN : SUMUR



Continue Reading...

Thursday, August 27, 2009

Berjayakah untuk menghayati Ramadhan sebagai Bulan al-Quran?

Tulisan Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar

(Bekas Ketua Pelajar SM Imtiaz Dungun 2005)

Ramadhan menyapa lagi. Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan. Kedatangan yang sentiasa dinanti-nantikan. Bulan yang dilimpahi cahaya keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Masa terbaik mencuri peluang menambah ibadah bagi menghapuskan dosa dan kesilapan. Semoga dijauhkan dari neraka Jahannam dan di beri masuk ke dalam syurgaNya melalui pintu ar-Rayyan.

“ Ramadhan Bulan al-Quran”. Begitulah antara aathar yang pernah diriwayatkan. Timbul satu persoalan; Berjayakah menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai bulan untuk menghayati kandungan al-Quran?

Biarlah Ramadhan kali ini menjadi satu medan terbaik untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Dalam diri, telah diletakkan target penting khusus untukmu Ramadhan. Kegagalan untuk memanfaatkan peluang menghayati Ramadhan yang hanya hadir setahun sekali ini seolah-olah memberi satu penilaian awal terhadap amalan kebaikan untuk hari-hari selepasnya. Pastikan Ramadhan kali ini diisi dengan memperbanyakkan bacaan serta tadabbur Kalamullah yang mulia disamping meningkatkan usaha untuk memahami dan menghayatinya. Jagalah kalam dari melafazkan perkara yang sia-sia dan tidak diredhaiNya. Lazimi zikrullah sebagai penenang jiwa.


Ikuti pesanan terbaik dari ad-Da’ieyatul Islamiyy al-Habib an-Nasib as-Syeikh Muhammad bin Abdul Rahman as-Saqqaf Hafizohullah;

“ Zikir mengingati Allah adalah penyelamat dari sifat nifaq kerana orang munafiq tidak banyak mengingati Allah Taala. Sabda Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam: ‘Berzikirlah kepada Allah Taala sehingga orang munafiq melihat kamu gila ( disebabkan terlalu banyak berzikir kepada Allah Taala Yang Maha Tinggi)’.

Begitu juga dipesan kepada hambaNya supaya memperbanyakkan zikir. Tidak datang satu amalan yang dituntut untuk kita memperbanyakkannya melainkan zikir. Firman Allah Taala: ‘…..orang yang banyak berzikir kepada Allah’ ; ‘ zikirlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya..’. Begitulah antara ayat-ayat al-Quran yang menuntut supaya memperbanyakkan zikir.

Berkata para ulama’: antara kurniaan Allah Taala kepada hambaNya menjadikan ibadah yang agung ini dengan satu anggota yang paling mudah dari anggota badan manusia iaitu lidah. Lidah sangat mudah untuk digerakkan. Seseorang itu mungkin untuk bercakap berjam-jam lamanya tanpa terasa letih. Panjang sungguh kalamnya. Tidak pula terasa letih dengan banyak bercakap perkara yang tidak ada faedahnya.

Malangnya, manusia merasa letih untuk berzikir. Baru sedikit berzikir sudah mencari air untuk diminum. Baru sebentar berzikir macam-macam perkara dunia terlintas dalam pemikiran. Keadaan ini berpunca dari dua perkara:

Pertamanya: Syaitan akan berusaha untuk menghasut orang yang sedang berzikir kerana zikir itu membakar dan menyakitkannya. Syaitan akan menyibukkan ingatan kamu kepada pelbagai perkara duniawi serta mendatangkan perasaan lapar dan dahaga bagi memalingkan ingatan kamu kepada Allah.

Keduanya: Diri tidak pernah dilatih untuk melazimi zikir. Sekiranya manusia sentiasa melatihnya, ia akan menjadi suatu yang mudah. Akan timbul perasaan sayang untuk berzikir kepada Allah. Sebahagian ahli ma’rifat yang sentiasa berzikir kepada Allah merasa tidak senang apabila tidak berzikir kepada Allah Taala. Sebahagian mereka terpaksa meletakkan batu di dalam mulutnya apabila ingin memasuki tandas kerana bimbang terlalai lalu lidahnya berzikir kepada Allah. Hebatnya kelalaian mereka. Subhanallah. Kelalaian kita dengan tidak berzikir. Kelalaian mereka sehingga terpaksa melakukan sesuatu untuk mengelakkan lidah dari berzikir di tempat-tempat yang dilarang.

Zikir kepada Allah Taala perlu diperbanyakkan. Amalkan zikir yang warid dari Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam. Lihatlah kesan zikir dalam diri kita dari Ramadhan kali ini hingga Ramadhan akan datang…….”

sumber : http://syukrinazar.blogspot.com
Continue Reading...

Ceramah Ihya' Ramadhan

forum 09

Kertas Kerja Ceramah Ihya' Ramadhan

LAPORAN CERAMAH IHYA’ RAMADHAN

MUKADDIMAH :

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak ini, kami pihak Sahsiah Unggul Murid telah berjaya menganjurkan satu ceramah yang bertemakan `Ihya Ramadhan’. Sepertimana yang kita ketahui, Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang cukup penting dalam diri umat Islam dan ia tidak wajar dilupakan oleh umat Islam. Justeru itu, program ini merupakan salah satu cara untuk sentiasa mengingati bulan- bulan kebesaran Allah.

Sehubungan ini,dengan terlaksananya program ini, semua objektif yang ingin dicapai telah berjaya digapai. Objektif- objektif yang telah dicapai adalah seperti berikut:

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-

bulan kebesaran Allah dan peristiwanya.

2. Melahirkan pelajar yang mengetahui serba-serbi tentang sejarah Islam

yang semakin dilupai.

3. Melahirkan warga Imtiaz yang mengambil iktibar dan memahami

peristiwa penting Islam seterusnya mempraktikkan dalam diri masing-

masing.

4. Ke arah merealisasikan impian sekolah dalam melahirkan pelajar ULUL

ALBAB.

MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 19 OGOS 2009

MASA : 9.15– 10.45 MALAM

TEMPAT : DATARAN IMTIAZ B, SM Imtiaz

Dungun

KEHADIRAN :i) Tuan Pengetua SM Imtiaz Dungun,

En. Jaafar B Abdullah

ii) Guru-guru dan kakitangan

iii) Pelajar-pelajar Imtiaz Dungun

ANJURAN : SUMUR

TAJUK : Ihya’ Ramadhan

PENCERAMAH : Ustaz Dzulkifli B. Muda

CENDERAHATI : Wang dan buah-buahan (RM 130)

PENUTUP

Alhamdulillah, program ini mendapat galakan yang memuaskan daripada semua pihak. Program yang menerapkan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar Ulul Albab yang prihatin dan mencintai saudara seIslam. Justeru,kami bagi pihak sahsiah unggul murid ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen dari semua yang terlibat bukan sahaja di pihak yang mengorganisasikan program ini secara langsung tetapi juga yang membantu dan menyokong program ini secara tidak langsung.

Disediakan oleh,

…………………………………..

(NUR ASIYAH MOHD AKIL)

Naib Pengarah Program,

Majlis Nuqaba’ SUMUR 2009,

SM Imtiaz Dungun.

Disemak oleh,

…………………………………

(HUSNI ABRAR B. DAHARI)

Pengarah Program Ceramah Ihya' Ramadhan,

Majlis Nuqaba’ SUMUR 2009,

SM Imtiaz Dungun.

Disahkan oleh,

………………………………………..

(AHMAD JIHADUDDIN BIN RIPIN)

Pengarah SUMUR 2009,

SM Imtiaz Dungun.

Continue Reading...

Tuesday, August 25, 2009

Taqwim Ihya' Ramadhan


sila klik untuk besar

p/s : sedikit kesilapan pada tarikh ceramah Nuzul Quran (7 September 2009)
Continue Reading...

Program Ihya' Ramadhan 1430 H (KK)

ihya' ramadhan

Ini adalah kertas kerja untuk Ihya' Ramadhan


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK daripada MNS
Continue Reading...

Penambahan Majlis Nuqaba' SUMUR

Sebagai makluman semua, bagi memberi laluan kepada pelajar tingkatan 5 untuk berhadapan dengan peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Majlis Nuqaba' SUMUR (MNS) melatih beberapa pelajar lain untuk bergerak Badan SUMUR. Senarai nama MNS yang ditambah seperti berikut :-

Banin :

1. Husni Abrar bin Dahari ( 4 Abu Lubabah )
2. Mohd Amiruddin Amran ( 4 Ummu Athiyyah )
3. Wan Mohd Ahnaf bin Wan Aminuddin ( 4 Abu Hurairah )
4. Aiman bin Md Razali ( 4 Ummu Ruman )

Banat :

1. Nur Fatihah Abd Rashid

Selamat bertugas dalam Majlis Nuqaba' SUMUR, semoga kita dapat mencurahkan bakti kepada ISLAM, InsyaAllah...
Continue Reading...

Forum Isra' & Mi'raj





P/S : Pendokumentasian masih di bawah penyelenggaraan...Harap maaf atas kesulitan

Continue Reading...

Kelas Fardhu 'Ain : Haid dan Istihadhah

Sesungguhnya masalah haid dan istihadhah merupakan perkara biasa yang melanda pelajar yang berada di asrama. Pelbagai jenis masalah yang timbul, tapi apakah mampu dibendung sebaiknya seandainya tanpa ilmu??? Ia merupakan fardhu 'ain buat mereka yang bergelar muslimah untuk belajar tentangnya.

Kelas ini juga adalah untuk membendung masalah pelajar yang dibuat-buat berkait dengan haidh dan istihadhoh. Atas kesedaran ini, kami pihak SUMUR merancang kelas ini bagi membantu para pelajar dan mengelakkan daripada masalah pelajar semakin berleluasa. Dalam melahirkan pelajar Ulul Albab, pelajar kita perlu ada banyak thaqafah luar daripada seisi pembelajaran secara formal.

Kelas ini telah diadakan pada tahun 2007 dan kini dibina semula melihat kepada kepentingannya dalam melahirkan individu muslim. Pada tahun 2009 kelas ini bermula pada 24 Julai.

Maklumat kelas :

Hari : Jumaat

Waktu : 2.15 - 3.15 petang

Tempat : Musolla Ar-Rayyan

Sasaran : Pelajar banat tingkatan 4 & 5

Penceramah : Ustazah Siti Zubaidah Awang

Rujukan : Buku Wanita & Darah


Ambillah peluang ini untuk belajar walau secedok. Mungkin ada yang marah kerana kelas ini mengambil sedikit waktu cuti pelajar namun ketahuilah, bukan senang untuk ada seorang yang sanggup mengajar tanpa charge. Kalau hendak mengharapkan diri kita mencari majlis ilmu sudah pasti lambat lagi, jadi gunakan manfaat yang ada.

Sebarang pembelian Buku Wanita & Darah, sila buat tempahan dengan Liyana Khalilah, Unit Aktiviti & Perancangan. Hanya RM 4.00 dan kepada mereka yang telah membelinya pastikan anda telah melangsaikan pembayarannya.
Continue Reading...

Soal Jawab Agama


SUMUR melancarkan satu sudut khas untuk bertanyakan tentang sebarang masalah agama atau masalah yang membelenggu diri anda. Letakkan sahaja soalan anda di dalam tabung yang disediakan di Musolla Ar-Rayyan. Semua persoalan ini InsyaAllah akan dijawab oleh ustaz-ustazah yang pakar.

Jangan biarkan diri dibelenggu masalah sehingga masalah yang mengawal kita. Pastikan, kita yang mengawal masalah. Bijaklah dalam membendung masalah. Semua persoalan akan dijawab samaada dalam bentuk risalah, tazkirah atau sebarang cara yang lain. Jom, tulis dan letak...Cukup MUDAH...Tidak perlu nama anda, jangan risau. Atau mungkin juga di blog ini dan akan diusulkan kepada ustaz.

Tiada masalah?? Kalau begitu, carilah sebarang pertanyaan untuk menambahkan thaqafah.
فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
(surah Al-Anbiya' : 7)
Continue Reading...

Minggu Penghayatan Islam (MPI)

Maklumat Program :

Tarikh : 21 - 26 Jun 2009

Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz Dungun

Sasaran : Semua warga SM Imtiaz Dungun

Anjuran : Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2009



video
Sila abaikan tarikh dalam video ini



p/s : pendokumentasian masih di bawah penyelenggaraan...
Continue Reading...

Sambutan Hari Lahir

Dalam mengeratkan lagi ukhuwwah antara USRAH SUMUR masing-masing, pihak SUMUR mengadakan sambutan hari lahir untuk mereka yang lahir pada bulan 2 bagi pelajar banat dan bulan 4 untuk guru-guru yang lahir pada bulan tersebut. Namun, sedikit kesilapan yang berlaku untuk sambutan hari lahir guru-guru dan InsyaAllah akan diperbaiki pada tahun seterusnya.
selamat hari lahir...



sewaktu membuat kad untuk guru-guru yang lahir pada bulan 4

Continue Reading...

SEJARAH PENUBUHAN SUMUR DI SMID


Sejak awal penubuhan Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran lagi USRAH pelajar telah diadakan dan dikendalikan oleh satu badan yang diberi nama Jawatankuasa Bina Insan. Ini kerana menyedari akan kepentingan USRAH dalam pembentukan sahsiah Islam dalam diri pelajar. Sehingga ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Imtiaz Dungun pada tahun 2005 USRAH pelajar masih dijalankan.

Pada tahun 2008, sekolah ini telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Islam Malaysia (JAPIM) untuk mewakili negeri Terengganu bagi menyertai modul yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia pada tahun 2007. Akhirnya, badan USRAH pelajar dikendalikan di bawah badan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dengan lebih sistematik dan diiktiraf oleh sekolah dan kerajaan. Pergerakan USRAH pelajar juga mudah dikendalikan kerana ia dikelolakan oleh badan yang diiktiraf di sekolah.

Pengarah atau Murabbi SUMUR yang pertama ialah Ustaz Ruhaidi Abd Rahman di atas permintaan penaungnya iaitu En. Mazlan Che Wil, Pengetua, SM Imtiaz Dungun ketika itu. Jawatan Presiden SUMUR 2008 pula dipegang oleh Muhamad Hanif Ali. Waktu rasmi USRAH SUMUR adalah setiap petang Ahad. Sesungguhnya tugas sumur bukan sekadar mengendalikan usrah tetapi luas.

Tahun 2009 SUMUR bergerak lebih sistematik dengan tertubuhnya Majlis Nuqaba' SUMUR yang terdiri kepada beberapa Unit utama iaitu Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR), Aktiviti dan Perancangan, Pendokumentasian & Pubisiti, Sukan, Multimedia serta Komunit. Pada bulan 5 2009, jawatan pengarah SUMUR telah bertukar tangan kepada Ustaz Ahmad Jihaduddin Ripin setelah Ust. Ruhaidi dinaikkan pangkat menjadi Penyelaras SM Imtiaz Dungun Atas. SUMUR tetap bergerak sebagai badan tarbiah di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun.

p/s: sebarang kesilapan maklumat harap diperbetulkan
Continue Reading...

Monday, August 24, 2009

CARTA ORGANISASI SUMUR 2009



Majlis Nuqaba' Sumur ini terdiri daripada para Naqib dan Naqibah serta sebahagian penolong Nuqaba:

Naqib :

Ahmad Syafiq bin Rahim
Mohd Syukri Azizi bin Abd Gahani
Fauzan Ruzmi Fakhrol Ruzi
Ahmad Asyraf Hakimi Mohd Najihan
Mohd Sufian Awang
Syed Hamimie Firdaus Syed Mohamad
Muhammad Arif Arsyad Suhaili
Mohd Arif Rusyaidi Mohd Rosli
Nadzim Nadzri

Naqibah :

Nur Syahira Ismail
Farah Aisyah Ahmad
Nur Asiyah Mohd Akil
Liyana Khalilah Abd Latiff
Sahida Che Sidek
Asimah Zakaria

Penolong Naqib :

Mohd Luqman Mohd Shafi'e
Mohd Syimir bin Abd Halim

Penolong Naqibah :

Nur Fatin Mhd Rashid
Nazihah Abu Razim
Nadiah Farahah Hassan
Sumaiyah Azizan
Continue Reading...

KEM KEPIMPINAN NUQABA' SUMUR 2009

video

KEM KEPIMPINAN NUQABA' SUMUR 2009

Bertempat : Cermin Kiri, Jerangau, Dungun, Terengganu

Tarikh : 9 - 11 April 2009

Continue Reading...

Sejarah pelancaran Modul Sahsiah Unggul Murid

Modul Sahsiah Unggul Murid dilancar TANJONG KARANG, 29 Oktober - Kementerian Pelajaran hari ini melancarkan Modul Sahsiah Unggul Murid (Sumur) untuk sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah agama bantuan kerajaan bagi memartabatkan sahsiah diri dan meningkatkan jati diri pelajar di negara ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar yang melancarkan modul itu di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang di sini, berkata modul ini sekiranya berjaya, akan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.

Projek perintis Sumur yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu dan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar awal tahun ini, juga diharap dapat menjadi jalan penyelesaian dan pendekatan bagi mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar, katanya.

Datuk Noh berkata Sumur mengandungi lima modul bagi menghasilkan murid yang memiliki 5C -- Contoh, Cerdas, Cerdik, Cergas dan Ceria.

"Contohnya modul murid contoh menumpukan agar murid mempunyai penampilan diri yang kemas dan menyenangkan, pandai mengurus diri sendiri, bijak mengurus masa, mengamalkan adab belajar yang berkesan dan mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup," katanya.

Modul murid cerdas pula antara lain menekankan murid agar mengenal diri sendiri, mempunyai prinsip hidup cemerlang mempunyai semangat patriotisme dan jati diri bangsa serta sentiasa memburu kejayaan dan pengiktirafan, manakala modul murid cerdik termasuk menumpukan kepada peningkatan daya kepimpinan dan memiliki daya juang yang tinggi.

Datuk Noh berkata pelancaran Sumur sangat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mengembalikan jati diri rakyat Malaysia sebagai warga timur yang kaya dengan nilai dan budi pekertinya.

"Selain pendekatan hukuman dan kaunseling yang biasa diambil, mendekati pelajar dan menyediakan mereka dengan pelbagai kemahiran dan kesedaran yang perlu didapati memberi kesan kepada penurunan kes-kes disiplin," katanya.

Mengenai masalah disiplin, Datuk Noh berkata semua pihak seharusnya memainkan peranan dan Sumur merupakan antara langkah yang disusun kementerian bagi menangani masalah disiplin di sekolah.

"Pada masa ini penurunan angka dan peratus kes buang sekolah akibat masalah disiplin adalah bukti yang menunjukkan bahawa perancangan dan langkah-langkah yang dijalankan kementerian telah menunjukkan kesan," katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas jumlah pelajar yang dibuang sekolah menurun kepada 2,526 orang daripada 7,493 orang pada 2005, manalaka sehingga Mei tahun ini hanya 540 orang pelajar dikenakan tindakan yang sama.

Pada majlis itu, Datuk Noh turut melancarkan Kelab Braille Al-Quran untuk sekolah menengah kebangsaan agama bagi memperluaskan kemahiran pelajar golongan kurang upaya membaca Al-Quran dalam bentuk braille.

Penubuhan kelab itu dirintis oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melur, Kelantan.
Continue Reading...
 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template