Monday, December 7, 2009

"From Zero to Hero"

Artikel sempena MPI...ditulis oleh banin

Pertama-pertamnya ana mohon kepada Allah S.W.T agar maqalah ringkas ini mampu menembusi hati-hati Ikhwah dan akhowat yang gersang. Moga ia mampu menemui kalian yang InsyaAllah bakal menyambung rantaian perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W satu siraman yang menyuburkan pohon kalimah toyyibah yang hidup subur di hati kita semua.

Ana tidaklah berhasrat membawa antum ke satu gelanggang perbahasan ilmu yang rumit, cukuplah sekadar perbahasan yang santai yang insyaAllah membantu kita sama-sama memahami Islam melalui wasilah yang terbaik. Sebelum itu, marilah kita sama-sama membuat satu konklusi ringkas tentang kondisi sekolah kita yang penuh barakah ini melalui persoalan-persoalan yang anan timbulkan di bawah.

1) Antara banyak-banyak negara di dunia, negara yang manakah cuba msengamalkan Islam secara menyeluruh?

2) Malaysia (InsyaAllah) boleh dikatakan negara Islam tetapi jika dilihat dalam banyak-banyak sekolah di Malaysia, sekolah agama majoriti atau minoriti?

3) Antara banyak-banyak sekolah agama, sekolah agama yang sepenuhnya aliran Sains Majoriti atau minoriti?

4) Antara banyak-banyak sekolah agama yang sepenuhnya aliran sains, yang terdapat sistem tahfiz majoriti atau minoriti?

Ana yakin jawapannya adalah minoriti. Yang ana hendak fokuskan di sini ialah sekolah agama yang sepenuhnya aliran sains serta memiliki sistem tahfiz. SM Imtiaz Dungun antara satu sekolah yang mempunyai kriteria tersebut di Malaysia. Namun yang menduka citakan, antara banyak-banyak pelajar Imtiaz, pelajar-pelajar yang benar-benar cemerlang dalam akademik, 'masyi' qurannya, mempunyai fikiran yang jernih serta syakhsiah yang mantap juga minoriti. (berapa punca minoriti dah), pelajar-pelajar yang dilihat mampu menjadi kader-kader dakwah juga minoriti. Ana yakin antum dapat memahami konklusi daripada persoalan-persoalan ana tadi. Sepatutnya malah tidak boleh tidak, majoriti pelajar IMTIAZ mampu menyambung risalah Tauhid yang di bawa junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam apa jua bidang.

Jika Al-Marhum Dr. Fathi Yakan meninggalkan umat Islam satu karya agung ' Apa Erti Saya Menganut Islam' yang membincangkan skop penghayatan Islam bermula dengan akidah, akhlak, diri sendiri, keluarga sehinggalah kepada gerakan Islam dan tertegaknya Daulah Islam, ana rasa memadailah ana membawa antum semua menghayati Islam daripada aspek seorang pelajar Imtiaz, khususnya sebagai seorang 'hamalatul Quran'. Sekadar menyentuh perkara-perkara yang cukup penting sering kita terlepas pandang.

>From Zero to Hero

Ana terpanggil untuk menceritakan pengalaman seorang sahabat ana apabila mengikuti sebuah seminar membincangkan sebab-sebab kemunduran umat Islam. Apa yang disampaikan oleh seorang shiekh yang membentangkan kertas kerja di seminar tersebut bukan ceramah yang berjela-jela dengan kajian yang penuh dengan statistik kenapa umat Islam mundur. Syeikh tersebut hanya mengedarkan satu borang muhasabah diri yang mengandungi senarai amalan-amalan sunat harian.

Mesej yang cukup mendalam cuba disampaikan di sini ialah tidak perlulah berbicara perkara yang sebesar gajah jika perkara sekecil kuman tidak mampu diselesaikan. Tidak perlulah berbicara soal 'masyi' Quran kalau hendak bangun tengah malam untuk beribadat serta mengulang pun tidak mampu dijaga. Tidak perlulah berbicara soal dakwah dan tanzim jika hubungan antara ibu, bapa, guru, masyarakat tidak mampu dijaga. Jika diri sendiri pun tidak tertarbiah jangan haraplah tarbiah kita untuk orang lain berhasil.

Cukuplah sekiranya ana simpulkan bahawa marilah kita bermula dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Marilah sama-sama bermula dari 'zero' sehinggalah menjadi 'Hero'. Bukan hero di hadapan ibu bapa, guru, masyarakat sahaja yang kita cari, tetapi hero pada pandangan Allah itulah yang lebih utama. Salah satu tunjang utamanya adalah taqwa. Sebagaimana firmannya :
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

>Ikhtilat. Banin kita, Banat kita

Sering kedengaran bunyi-bunyi sumbang apabila sesetengah pentazkirah menggunakan istilah 'banin kita', 'banat kita' bagi menggambarkan pelajar perempuan dan sebaliknya bagi menggambarkan pelajar lelaki. Namun hakikatnya sedarkah antum apa maksud yang cuba disampaikan melalui perkataan 'kita' itu? Bagi ana perkataan 'kita' itu membawa maksud Islam. Dengan makna lain 'banin kita' (saudara lelaki seIslam) dan 'banat kita' (saudara perempuan seIslam).

Banat kita banyak yang dihinakan dan dinafikan haknya hari ini tetapi mana banin yang diharap datang membantu? Jika dilihat dalam sejarah, apabla seorang muslimah tua yang diganggu oleh orang-orang Yahudi. khalifah almu'tasim terus mengistiharkan jihad terhadap mereka. Itu baru seorang muslimah yang tua. Kini bukan setakat perempuan tua malah yang muda serta kanak-kanak semua dizalimi tetapi tiada yang membela, sebagaimana kisah ukht Fatimah yang dirogol belasan kali di penjara Abu Ghuraib. Sejarah juga menunjukkan Islam juga sanggup membela wanita bukan Islam seperti kisah Salahuddin Al-Ayyubi yang sanggup menemani seorang ibu mencari anaknya yang hilang dari satu khemah. Inilah yang difirmankan Allah S.W.T :-
ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ

Kuatnya lelaki bukan untuk menzalimi tetapi membela dan mengasihi. Ana seru para akhawat sayangilah para banin kita dan begitulah sebaliknya. Yang saya maksudkan sayang kerana Allah. Kalu anti sayangkan banin kita, anti tidak akan membuka aurat malah sentiasa menjaganya serta tidak melembutkan suara di depan lelaki ajnabi. Kalau anta sayangkan banat kita, anta tidak akan menzalimi mereka dengan permainan perasaan, anta akan sentiasa menjaga pandangan malah membela mereka jika mereka disakiti atau dianiyai. Tidak akan wujud 'feminisme' atau perbalahan antara banin dan banat. Mereka saling bantu-membantu dalam perjuangan dakwah. Ini sebagaimana firman Allah :-

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٧١
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (71)

>Hiburan atau seni : Liberialisasi atau Islamisasi ?
Isu hiburan yang menjunjung budaya medonisme dan gejala sosial yang semakin meruncing sudah banyak dipolemikkan, namun tiada resolusi yang cukup efektif bagi membasmi gejala ini. Malah gejala ini terus menular hingga melibatkan pelajar aliran agama malah pelajar-pelajar tahfiz.

Bagi ana, isu ini dapat kita hadapi dengan membawa satu aliran alternatif iaitu muzik Islami yang ana sebut di sini muzik bukan nasyid. Nasyid bagi ana hanya merupakan satu genre daripada muzik Islam. Aliran muzik Islam hendaklah dijadikan muzik alternatif kerana pada hari ini kita tidak mampu menghalang muzik hedonisme ini. Malah dalam konteks dakwah kita mengajak bukan menghukum dengan menghalang. Kita mengajak manusia kepada Allah atau di sebut dai ilaallah.

Islam tidak menghalang hiburan dan seni. Buktinya zaman Rasulullah lagi terdapat sahabat yang mereka lirik lagu dan menyanyikan lagu tersebut seperti yang dilakukan Abdullah bin Rawan ketika peristiwa menggali parit dalam peperangan khandak. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah muzik pada hari ini mehidupkan budaya hedonisme yang cukup melalaikan tanpa batasan yang menyebabkan kita leka dan semakin jauh daripada Allah.

Maka menjadi tanggungjawab kita para huffaz untuk mengislamisasikan hiburan pada hari ini, bukannya meliberalisasikannya. Sebagaimana yang ana katakan, muzik Islami tidak semestinya nasyid. Sebenarnya bagi ana, muzik ini merupakan salah satu method dakwah. Genre muzik itu hanya bentuk penyampaian dakwah. Telah wujud pelbagai kumpulan muzik Islam dengan genre yang pelbagai seperti 786 boys dengan muzik pop, Native Deen dengan muzik rap dan banyak lagi yang tak mampu disenaraikan. Sekadar menyebut yang dikenali ramai. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong mereka.

Namun haruslah diingat bahawa tujuan utama hiburan dan seni dalam Islam adalah membawa manusia kepada Allah. Jika muzik tersebut melalaikan ianya ditolak walaupun berlabel muzik Islam. Mesej dakwah merupakan agenda utama dalam muzik Islami. Seperkara lagi yang amat penting dan harus diingat, sesungguhnya hiburan dan penenang jiwa yang terbaik adalah ayat suci al-quran dan mengingati Allah.


أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوب(٢٨
Ingatlah , sesungguhnya ilmu adalah apa yang bermanfaat bukan apa yang dihafaz.

العلم ما نفع ليس ما حفظ

Ibnu Mas'ud turut berkata:-

"Sesungguhnya generasi kami sukar untuk menghafaz ayat-ayat al-quran tetapi senang untuk mengamalkannya, dan sesungguhnya generasi selepas kami senang untuk menghafal namun untuk mengamalkannya. "

Cukuplah kata-kata ibnu Mas'ud menggambarkan berbezanya kita dengan generasi para sahabat yang digambarkan para ulama' sebagai jilul quran al-farid atau generasi al-quran yang unik. Generasi yang mana belajar al-Quran untuk mengamalkannya serta merta dan melucutkan segala amalan jahiliyah daripada diri mereka.

Ketahuilah bahawa makalah ini tidak cukup untuk membuat kita menghayati Islam secara sepenuhnya. Namun jika diamalkan Insya Allah pasti bermanfaat. Dalam menghayati Islam, tidak boleh tidak untuk kita mengamalkan Islam sepenuhnya dan menolak ajakan syaitan.

Firman Allah :-
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (208, Al-baqarah)

Jadi sama-samalah kita menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan mengamalkannya berlandaskan dua khazanah agung peninggalan baginda Rasulullah sebagaimana sabdanya :-

تركت فيكم أمرين لن تضلوا إن تمسكتم بهما كتاب الله و سنتي

Moga-moga kita para pelajar Imtiaz menjadi seorang 'amil yang komited, hamalatul quran yang hakiki bahkan menjadi generasi ulul albab yang bakal mewarnai dunia ini dengan keindahan Islam, InsyaAllah.

P/S : saper la tulis ni, pnjg...letih menaip
Continue Reading...

Video Satu Kedatangan (The Arrival)


Subscribe : Kisah kedatangan Dajal Al Masih, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S. Membongkar sistem Dajal yang sedang membangun untuk menyesatkan umat manusia. Siri di dalam bahasa Melayu ini meru...






Ikuti episod seterusnya di youtube... Tengok, faham dan amal, InsyaAllah..

Artikel di bawah saya copy di sini dek kecetekan ilmu untuk menulis...

Alhamdulillah dengan izin ALLAH Ta'ala seorang hamba ALLAH telah berjaya mentranslasikan siri The Arrivals yang telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia ini. Siri asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Lihat posting lama disini. Sebanyak 51 siri The Arrivals ini adalah siri yang saya berani katakan WAJIB ditonton oleh setiap orang. Penyampaiannya begitu berkesan dan kebenarannya jelas dengan bukti-bukti yang dipaparkan. Hinggakan ada golongan bukan muslim yang menonton siri ini, kini telah pun kembali menganut agama fitrah iaitu Islam.

Secara generalnya siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan Dajjal ini. Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini. Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini. Dan siri yang saya tampilkan di posting kali ini adalah dalam versi Malaysia yang telah ditranslasikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi baru ada sebanyak 13 siri saja. Nantikan lagi siri yang akan datang dan boleh ditonton di YouTube. Semoga usaha murni hamba ALLAH ini diredhoi-Nya dan diganjar pahala.

Kata Rasulullah Saw, "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang Dajjal."

Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)


Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH Ta'ala. Wallahua'lam bissawab.

Laa haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Continue Reading...

Thursday, December 3, 2009

Nuqaba Perlu Belajar Dari Sifu "Kungfu Panda"

sumber: Ustaz Muhd Syaari Abd Rahman

"Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift." Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).

Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :

1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah "special", unik, berharga pastinya kita pun akan punyai "burning desire" untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.

2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe

3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri

Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya "false perception" dan "judgement" kepada "mad'u" (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang "dianugerahkan" Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).

Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad'u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia "bermasalah" kepada manusia "luar biasa" yang melakar sejarah.

Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.

4. Kenalpasti "suis" mad'u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad'u ada "suis" yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad'u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang "memukulrata" potensi-potensi mereka.

Hanya "burning desire" untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup
merubah Panda melalui "tarbiyah" secara short-cut lalu menjadi
mahaguru luarbiasa

Setiap mad'u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.
Janganlah "pukulrata" sahaja tarbiyah kita kepada mereka.


5. Jangan "melepas pandang" pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad'u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.

Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.

6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa

Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya "cermin"...

Akhir kata, sudahkah Anda nonton Kung Fu Panda…..

Continue Reading...
 

SUMUR Imtiaz Dungun Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template